Saturday 6 June 2009

Siapakah Imam As-Syafie r.a?Mari Mengenalinya Secara Ringkas dan Mudah

Menulis riwayat hidup dan pengenalan imam syafie  saya kira sudah ramai dikalangan kita mengenalinya dengan lebih luas . Dengan ini saya hanya menulis pengenalan imam syafie secara ringkas mudah dan senang untuk dibaca . Terutamanya buat sahabat-sahabat islam dan khususnya untuk yang baru mengenali imam syafie .

 

 

Pengenalan Imam syafie ra

 

Nama Imam Al-Shafie Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Shafie bin Al-Saib bin Ubaid bin Yazid bin Hashim bin Abd al-Muttalib bin Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lui bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad. Beliau juga diriwayatkan berketurunan Nabi s.a.w .

 

Dilahirkan pada 150 Hijrah di Gaza , Palestin walaupun pada asalnya bapanya merupakan asal dari Yaman dan menetap di Makkah dan bapanya mati setelah Imam Syafie ra lahir dan dijaga oleh ibunya selepas itu. Keluarga mereka kemudiannya berhijrah ke Makkah ketika Imam Syafie masih berumur 2 tahun.

 

Imam Syafie menamatkan hafazan Al-Quran ketika umurnya 7 tahun dalam hal begini adalah sesuatu yang sederhana di Negara Arab , sekiranya dilihat golongan arab mereka membiasakan anak kecil mereka menghafal Al-Quran dikala anak-anak mereka masih lagi kecil . Walaubagaimanapun Imam Syafie ra diberkati Allah swt dengan kekuatan menghafaz kerana diasuh dalam minat ilmu dan tarbiyah Islamiyah apabila dia mampu memahami apa yang dihafaznya.

 

 

Al-Shafei di Madinah 

Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun.

 Beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatho karya Imam Malik ra ketika umurnya 10 tahun dan mula belajar di sisi Imam Malik ketika umurnya 13 tahun. Dia belajar Al-Quran di sisi gurunya Syeikh Ismail ibn Qastantin dan beliaulah yang menjelaskan kepada Imam Syafie bahawa Al-Qur’an itu ialah isim (kata nama) bukan di’irabkan dari kalimat qira’atu (dibaca) dan juga Imam Syafie ra mengambil ilmu dari Sufyan Ibn Uyainah ra dan Muslim bin Khalid Az-Zanji serta Said ibn Salim dan Daud bin Abd Rahman, Abd Majid bin Abd Aziz bin Abi Daud dan mereka ini semuanya merupakan gurunya di Makkah.

 

Pujian  ulama kepada Imam Syafie :

 

Berkata Imam Ahmad ra : “ Sesungguhnya Imam Syafie bagaikan matahari di dunia ini..”

 

Berkata Imam Abd Rahman bin Mahdi ra : “Tidaklah aku bersolat melainkan aku mendoakan kepada Imam Syafie ra”

 

Berkata Yunus bin Abd A’la : “Jika dikumpulkan kebijaksanaan umat ini tidaklah menyamai kebijaksanaan Imam Syafie”

 

Kitab Imam Syafie yang terkenal ialah Ar-Risalah merupakan kitab pertama dalam Usul fiqh yang ditulis secara tersusun seterusnya kitab Al-Umm serta Kitab “Al-Imla ul Shaghir” dan “Al-Imla ul Kabir” dan Mukhtasar Al-Muzni” dan “Mukhatsar Al-Buwaithi” yang dicetak di kitab Al-Umm di jilid pengakhiran dan lain-lain dari risalahnya.

 

Kesimpulan

 

Setelah kita mengetahui secara ringkas kehidupan  Imam Syafie, kefadhilan dan kelebihannya maka seharusnya kita tidak mengabaikan nasihat dan ajaran ilmunya .

 

Diantara nasihat imam syafie ra :

“Telah berkata Iman as-Syafie r.a: Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin bahawa sesiapa yang terang baginya sunnah Rasulullah s.a.w, maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut hanya kerana inggin mematuhi (mentaati) perkataan seseorang"

 

antaranya lagi :

 

Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah s.a.w bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadis Rasulullahs.aw  mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)

 

Memadailah dengan dua nasihat  diatas  dapat kita ketahui betapa pentingnya mengutamakan AL-Quran dan Hadis dalam kehidupan  .Mengecewakan diakhir ini , ummah lebih mencintakan “you mazhab apa?bukan ditanyakan “dalil apakah untuk itu dan ini?


oleh - Shahidan -

 

No comments: