Friday, 5 June 2009

Bagaimana berwuduk dengan memakai stoking/sarung kaki

Apa yang dimaksudkan khuf (sarung kaki yang kulit) ?

Khuf ialah sesuatu yang menutup kedua kaki. Dalam hal ini, bolehlah diertikan sebagai kasut. Namun kalau diteliti punca yang menyebabkan pemakaian kasut, maka pengertian khuf tidak hanya terbatas pada kasut sahaja. Umumnya fungsi kasut ialah untuk melindungi kaki dari kedinginan kerana sejuk, dari terluka dan sebagainya.

Oleh itu segala bentuk pakaian untuk kaki yang mengambil fungsi-fungsi tersebut adalah juga termasuk dalam pengertian khuf. Pembalut kaki seperti stokin juga menetapi fungsi-fungsi pemakaian khuf.

 Adakah disyaratkan bersuci ketika memakai khuf?

Ya. Bagi membolehkan kita menyapu di atas khuf, hendaklah ketika memakainya kita berada dalam keadaan suci dari hadas iaitu memakainya dalam keadaan berwudhuk. Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Saya bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan (musafir). Saya ingin menanggalkan dua khuf (kasut) beliau. Namun beliau berkata; ‘Biarkanlah. Saya menyarungnya dalam keadaan  saya sudah bersuci (yakni berwudhuk)’. Beliau kemudian hanya menyapu ke atas dua khufnya (semasa mengambil wudhuk)”. Hadis riwayat Bukhari, Muslim

Daripada hadis diatas dapat difahami bahawasanya sebelum memakai khuf (sarung kaki) haruslah berwuduk terlebih dahulu bukan disebaliknya .

Adakah dibenarkan penggunaan khuf dalam keadaan hadas besar?bagaimana dengan hadas kecil?

 

Safwan bin ‘Assal r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menyuruh kami supaya menyapu atas khuf-khuf kami dan tidak menanggalnya selama tempoh tiga hari sama ada selepas kami buang air besar (berak), kencing dan tidur. Kecualilah selepas janabah”. (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e dan lain-lain)

 

Dapat difahami bahawasanya terbatal penggunaan khuf jika berlaku hadas besar iaitu (junub) manakala hadas kecil dan lain-lainnya tidak menghalang penggunaan khuf.

 

Tempoh tamat penggunaan khuf ?

 

Dari Syuraij bin Hani' r.a. berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah tentang menyapu khuf, maka ujarnya; Tanyalah pada Ali kerana lebih mengetahui hal itu daripada aku. Lalu aku bertanya pada Ali, maka ujarnya; Telah bersabda Rasulullah s.a.w.; 'Bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, sedangkan bagi yang bermukim(tidak bermusafir), ialah sehari semalam." (Riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibn Majah)

 

Apakah dibolehkan menyapu diatas al-jaurab iaitu stokin/sarung kaki?

 

Yang jelas dari Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan baginda menyapu atas dua jaurab (sarung kaki) dan dua kasutnya(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Yahya al-Buka r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belah khuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq)

Kesimpulan :

1-Hendaklah menutupi bahagian kaki sehingga ke atas buku lali.

2-Hendaklah dalam keadaan berwudhu' yang sempurna sebelum memakai khuf

 

3-Tempat Menyapu  atau Tempat yang disyariatkan untuk menyapu ialah bahagian atas khuf tersebut.

 

Dari Mughirah r.a. katanya; "Aku lihat Rasulullah s.a.w. menyapu bahagian atas kasut." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

 

Saidina Ali pernah berkata; “Jika sekiranya agama itu boleh diputuskan dengan akal, nescaya menyapu di bawah khuf lebih logik dari menyapu di atasnya. Namun aku telah melihat Nabi s.a.w. menyapu bahagian atas dua khufnya”.

-sumber-an-nawawi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: