Monday 1 June 2009

Shahidan Kassim tawar diri tanding Naib Presiden UMNO

ALOR STAR 19 Ogos — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini secara terbuka menawarkan diri bertanding untuk jawatan itu pada pemilihan parti peringkat kebangsaan Disember ini.

Menurut Shahidan, beliau telah mencapai kompromi dan kata sepakat dengan pengerusi badan Perhubungan UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Perak sebagai calon mewakili negeri-negeri kawasan utara untuk merebut jawatan itu.

“Selain itu rakan-rakan sejawatan (pengerusi badan Perhubungan Negeri) Pahang, Terengganu dan beberapa lagi telah saya hubungi... mereka menyatakan sokongan padu,” kata Shahidan.

Beliau yang ditemui pemberita semasa singgah di sini dalam perjalanan ke Permatang Pauh berkata ketiadaan calon negeri-negeri di utara menawarkan diri bertanding naib presiden kecuali Datuk Ahmad Zahid Hamidi (Perak) adalah wajar untuknya bertanding. — Bernama

No comments: