Sunday 26 December 2010

Bertenang ketika di Tenang

Bertenang ketika di Tenang (Mingguan Malaysia 26 Disember 2010)

Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diketahui. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pada pengamatan saya, pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan.

PAS dilihat tidak mempunyai masalah untuk menentukan calon. Mereka akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan, tanpa ada undi protes. Inilah kelebihan PAS yang turut diakui oleh Karpal Singh dan parti lawan. Ahlinya setia dan istiqamah. Jarang kedengaran wakil rakyatnya melompat parti berbanding parti-parti politik yang lain. Terus terang, antara PAS dan UMNO, ahli-ahli PAS dilihat lebih komited dan bersatu. Walaupun bilangan ahlinya tidak seramai UMNO, kuantiti bukanlah penentu ukuran kejayaan, tetapi adalah kualitinya.

Seringkali apabila berlaku pilihan raya, penentuan calon adalah sesuatu perkara yang amat sukar bagi parti lain sebab masing-masing mahu jadi calon. Ada yang sudah mula melobi apabila mendengar sahaja DUN atau Parlimen akan dikosongkan, sama ada disebabkan oleh kematian atau meletak jawatan. Kadangkala kita lihat ketika wakil rakyat itu sedang sakit atau nazak, lobi-melobi sudah bermula. Semua mahu jadi wakil rakyat kerana di situ ada kuasa. Kuasa boleh mendapatkan banyak perkara, terutama tiga ta, wanita, takhta dan harta.

Lebih malang lagi, calon yang tidak terpilih biasanya akan memberontak, sama ada tidak turun mengundi, atau mengundi parti lain atau mungkin juga mempengaruhi pengikut-pengikutnya melakukan tindakan yang sama. Akibatnya, undi pecah. Jika menangpun, majoritinya tidak banyak. Tidak mustahil juga akan kalah. Budaya sebegini amat tidak sihat dan perlu dibenteras dalam program transformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri.

Dahulu, orang takut menjadi pemimpin, sebab mereka tahu bahawa memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal oleh Allah Swt. Sebagai respon, rakyat selalu mendoakan pemimpin atau wakil rakyat mereka supaya sentiasa sihat dan panjang umur. Kini, keadaan mula berubah. Semua berlumba-lumba mahu jadi pemimpin, tanpa mengira kelayakan, bakat dan kebolehan. Golongan cerdik pandai sukar untuk mendapat tempat kerana telah dicantas sejak awal-awal lagi.

Mungkin ada benarnya kata-kata, rakyat hari ini mula mendoakan wakil rakyatnya cepat mati, kerana dengan kematian itu akan berlaku pilihan raya kecil dan hajat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat mungkin tercapai. Bagi rakyat marhaen pula, lain pula keseronokannya, kerana mendapat berbagai peruntukan seperti jalan raya dan rumah baharu. Pendek kata, dengan adanya pilihan raya, lanskap atau keadaan sesuatu kawasan berubah serta-merta. Tidak kira sama ada kawasan tersebut di bawah BN atau PR.

Inilah budaya pemikiran pandir atau politik pandir yang masih berlaku dalam budaya politik negara kita seperti yang diungkapkan oleh Syed Hussin Al-attas. Perkara sebegini jarang berlaku di negara maju. Mereka yang ingin menjadi pemimpin, mesti membuktikan bahawa mereka benar-benar boleh memimpin. Jika tidak, mereka mereka akan ditinggalkan dalam arus perdana.

Justeru, kita lihat pemimpin negara maju mengamalkan sikap begitu mulia, jika terpilih jadi pemimpin, Alhamdulillah. Tidak terpilih, bersangka baik dan tidak khianat. Malah, terus berusaha memperkasakan parti demi untuk agama, bangsa dan negara. Itulah bahasa yang mudah diungkapkan, walaupun semua negara maju adalah bukan negara Islam. Tetapi nilai-nilai Islam dapat dilihat di sana. Nilai-nilai inilah yang menjadikan mereka cepat maju. Berbanding dengan negara-negara Islam yang masih ketinggalan. Nama saja Islam, akhlak entah ke mana, hidup penuh khianat, tipu daya dan pura-pura. Pahit juga untuk membuat generalisasi sedemikian, tetapi itulah hakikatnya.

Senario yang disebutkan perlu menjadi ingatan kepada kita dalam menikmati suasana tenang di DUN Tenang dalam sebuah negara yang tenang. UMNO (BN) tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan sebelum ini kerana Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai keyakinan yang sama, apatah lagi setelah berakhir konvensyen mereka baru-baru ini. Ternyata parti ultra kiasu telah mengubah strateginya. Kalau dahulu, mereka begitu elergi dengan negara Islam PAS, kali ini rentaknya sudah berubah, mereka mahukan penyelesaian. Apakah konsep negara Islam PAS akan diterima?

Menurut Profesor Aziz Bari, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam, seperti program-program ekonomi termasuk langkah-langkah untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sebagainya. Aziz berkata, apa yang penting setiap rakyat harus mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia menjaga kepentingan setiap rakyat.

Saranan Aziz Bari bukan mudah untuk dipersetujui oleh PAS kerana Presiden PAS sudah memberikan respon bahawa PAS perlukan masa untuk menjelaskan kepada DAP tentang konsep negara Islam. Saranan saya, PAS tidak perlu jelaskan kepada DAP, kerana DAP tidak pernah akan bersetuju. Lebih baik PAS duduk bersendirian daripada bersubahat dengan kemungkaran dalam Pakatan Rakyat.

Saya juga ingin sangat mendapatkan komen Pas mengenai gambar Lim Kit Siang mengangkat dan memegang tangan Presiden PKR Wan Azizah di atas pentas ketika konvensyen PR baru-baru ini yang siarkan dalam Malaysianinsider. Malangnya gambar tersebut tiba-tiba hilang apabila saya ingin cetak kerana telah dikeluarkan. Inilah kegusaran PAS dan mungkin juga PKR, apabila berdepan dengan parti ultra kiasu yang bersifat sekular ini. Mereka tidak kenal halal haram, walaupun mereka mendakwa mahu mengikut pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Jangan pula tanya saya, UMNO pun sama juga? Bukankah selama ini PAS menuduh UMNO tidak Islamik? Jadi, jika ada perkara yang melanggari batas, jawapannya wajar. Jika PAS benar-benar ikhlas dengan perjuangan, tidakkah wajar PAS mengkoreksikannya, daripada terus menuduh UMNO semuanya tidak betul. PAS juga wajar diperbetulkan oleh UMNO, kerana dilihat ‘dipergunakan’.

Perkembangan PAS mutakhir ini begitu menarik perhatian. Sedikit demi sedikit PAS mula berubah mengikut peredaran masa, walaupun mungkin terpaksa ‘menggadaikan prinsip’. Namun, PAS berada dalam keadaan yang sukar dalam pilihan kecil ini. Jika PAS mahukan ‘silent’kan isu negara Islam, sudah tentu ia akan mendapat tentangan daripada ahli-ahli partinya. PAS, negara Islam dan hudud sudah sinonim. Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, itu bukan bermakna beliau menerima isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan PAS-DAP.

Kedua-dua parti ini mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum. Namun, tindak-tanduk mereka tidak sedemikian. PAS tetap akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, begitu juga dengan DAP di kawasan majoriti Cina. Jika mereka benar-benar parti untuk semua kaum, bertandinglah di kawasan yang sebaliknya. Apapun, DAP tetap parti dominasi Cina, begitu juga dominasi Melayu dalam PAS.

Sesiapapun yang mengkaji politik Malaysia mengetahui, memang senario politik Malaysia adalah bersifat perkauman. Mahu tidak mahu, UMNO perlu wujud. UMNO perlu mewakili majoriti orang Melayu kerana semua etnik telah diwakili melalui penubuhan parti-parti politik etnik masing-masing. Malangnya parti etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO satu sahaja. Sedangkan bukan Melayu diwakili oleh begitu banyak parti-parti etnik bangsa dan suku-sukunya dalam BN. Begitu juga dengan isu agama, Islam yang dibawa UMNO terpaksa menghadapi paling kurang lima agama yang diwakili oleh parti-parti tersebut. Bagaimanakah UMNO hendak menghadapinya semua tuntutan ini, jika Islam yang diwakilinya tidak begitu kuat atau banyak bilangannya?

Selama ini UMNO berseorangan menghadapi mereka semua. Itu yang menyebabkan kadang kala keputusan UMNO ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, terutama selepas PRU 2008. Ada kalanya UMNO terpaksa ‘menggadaikan prinsip’ disebabkan oleh tuntutan dan desakan luar teramat kuat. Pada saya, di saat-saat ini PAS perlu tampil menghulurkan bantuan. Bukan seronok melihat UMNO hancur.

Percayalah, jika UMNO hancur, Melayu akan hancur. Tidak semua Melayu UMNO akan menyokong PAS sekiranya UMNO hancur. Walaupun PAS mungkin boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PAS adalah parti altenatif orang Melayu, selepas melihat UMNO hancur.

Sejarah membuktikan bahawa percubaan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum telah gagal seperti yang cuba dilakukan oleh Dato Onn Jaafar melalui Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 1951, setelah kecewa dengan UMNO. Walaupun Parti Negara yang ditubuh selepas itu tidak membuka keahlian kepada bukan Melayu, tetapi tidak mendapat sambutan, kerana orang Melayu sudah ada altenatif iaitu UMNO.

Pendek kata, politik Malaysia sudah sebati dengan perkauman. Politik, ekonomi, pendidikan dan sosial semuanya perkauman. UMNO boleh berbeza pendapat dengan PAS. Begitulah sebaliknya. Tetapi janganlah sampai perbezaan tersebut sehingga boleh menimbulkan konflik yang berpanjangan. Tidak perlulah mengeluarkan kata-kata hancurlah UMNO atau hancurlah PAS. Bertandinglah secara profesional tanpa mengecam dan mengumpat. Elok kita bertenang sedikit ketika berada dalam suasana Tenang.

Janganlah dicemari dengan insiden-insiden politik pandir yang saya sebutkan tadi. Apatah lagi jika mesej Islam yang diperjuangkan oleh parti yang bertanding. Kalimah ‘Islam’ itu membawa makna yang begitu besar apabila Ia digunakan dan tidak boleh sama sekali dipermainkan.

Penggunaan kalimah Islam sepatutnya melembutkan hati-hati kita, bukan menjadikan kita semakin ego. Sudahkah kita lupa adab-adab berbeza pendapat atau adabul ikhtilaf. Berbeza pendapat dibenarkan selagi tidak putus persaudaraan, apatah lagi sehingga berpecah-belah. Jika Rasulullah SAW hidup ke saat ini dan melihat keadaan umatnya, Baginda pasti akan menitiskan air mata. HatiNya mungkin terasa hiba melihat betapa negara-negara Islam begitu ketinggalan berbanding negara-negara Barat. Kehibaan ini bukan disebabkan oleh keadaan umat Islam ketinggalan, tetapi yang membuat hati Nabi Muhammad begitu terluka, adalah ketika umat Baginda saling membenci dan bermusuhan antara satu sama lain. Umatnya begitu bodoh sehingga boleh dipergunakan. Inilah punca mereka ketinggalan.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
read more “Bertenang ketika di Tenang”

Bertenang ketika di Tenang

Bertenang ketika di Tenang (Mingguan Malaysia 26 Disember 2010)

Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diketahui. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pada pengamatan saya, pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan.

PAS dilihat tidak mempunyai masalah untuk menentukan calon. Mereka akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan, tanpa ada undi protes. Inilah kelebihan PAS yang turut diakui oleh Karpal Singh dan parti lawan. Ahlinya setia dan istiqamah. Jarang kedengaran wakil rakyatnya melompat parti berbanding parti-parti politik yang lain. Terus terang, antara PAS dan UMNO, ahli-ahli PAS dilihat lebih komited dan bersatu. Walaupun bilangan ahlinya tidak seramai UMNO, kuantiti bukanlah penentu ukuran kejayaan, tetapi adalah kualitinya.

Seringkali apabila berlaku pilihan raya, penentuan calon adalah sesuatu perkara yang amat sukar bagi parti lain sebab masing-masing mahu jadi calon. Ada yang sudah mula melobi apabila mendengar sahaja DUN atau Parlimen akan dikosongkan, sama ada disebabkan oleh kematian atau meletak jawatan. Kadangkala kita lihat ketika wakil rakyat itu sedang sakit atau nazak, lobi-melobi sudah bermula. Semua mahu jadi wakil rakyat kerana di situ ada kuasa. Kuasa boleh mendapatkan banyak perkara, terutama tiga ta, wanita, takhta dan harta.

Lebih malang lagi, calon yang tidak terpilih biasanya akan memberontak, sama ada tidak turun mengundi, atau mengundi parti lain atau mungkin juga mempengaruhi pengikut-pengikutnya melakukan tindakan yang sama. Akibatnya, undi pecah. Jika menangpun, majoritinya tidak banyak. Tidak mustahil juga akan kalah. Budaya sebegini amat tidak sihat dan perlu dibenteras dalam program transformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri.

Dahulu, orang takut menjadi pemimpin, sebab mereka tahu bahawa memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal oleh Allah Swt. Sebagai respon, rakyat selalu mendoakan pemimpin atau wakil rakyat mereka supaya sentiasa sihat dan panjang umur. Kini, keadaan mula berubah. Semua berlumba-lumba mahu jadi pemimpin, tanpa mengira kelayakan, bakat dan kebolehan. Golongan cerdik pandai sukar untuk mendapat tempat kerana telah dicantas sejak awal-awal lagi.

Mungkin ada benarnya kata-kata, rakyat hari ini mula mendoakan wakil rakyatnya cepat mati, kerana dengan kematian itu akan berlaku pilihan raya kecil dan hajat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat mungkin tercapai. Bagi rakyat marhaen pula, lain pula keseronokannya, kerana mendapat berbagai peruntukan seperti jalan raya dan rumah baharu. Pendek kata, dengan adanya pilihan raya, lanskap atau keadaan sesuatu kawasan berubah serta-merta. Tidak kira sama ada kawasan tersebut di bawah BN atau PR.

Inilah budaya pemikiran pandir atau politik pandir yang masih berlaku dalam budaya politik negara kita seperti yang diungkapkan oleh Syed Hussin Al-attas. Perkara sebegini jarang berlaku di negara maju. Mereka yang ingin menjadi pemimpin, mesti membuktikan bahawa mereka benar-benar boleh memimpin. Jika tidak, mereka mereka akan ditinggalkan dalam arus perdana.

Justeru, kita lihat pemimpin negara maju mengamalkan sikap begitu mulia, jika terpilih jadi pemimpin, Alhamdulillah. Tidak terpilih, bersangka baik dan tidak khianat. Malah, terus berusaha memperkasakan parti demi untuk agama, bangsa dan negara. Itulah bahasa yang mudah diungkapkan, walaupun semua negara maju adalah bukan negara Islam. Tetapi nilai-nilai Islam dapat dilihat di sana. Nilai-nilai inilah yang menjadikan mereka cepat maju. Berbanding dengan negara-negara Islam yang masih ketinggalan. Nama saja Islam, akhlak entah ke mana, hidup penuh khianat, tipu daya dan pura-pura. Pahit juga untuk membuat generalisasi sedemikian, tetapi itulah hakikatnya.

Senario yang disebutkan perlu menjadi ingatan kepada kita dalam menikmati suasana tenang di DUN Tenang dalam sebuah negara yang tenang. UMNO (BN) tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan sebelum ini kerana Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai keyakinan yang sama, apatah lagi setelah berakhir konvensyen mereka baru-baru ini. Ternyata parti ultra kiasu telah mengubah strateginya. Kalau dahulu, mereka begitu elergi dengan negara Islam PAS, kali ini rentaknya sudah berubah, mereka mahukan penyelesaian. Apakah konsep negara Islam PAS akan diterima?

Menurut Profesor Aziz Bari, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam, seperti program-program ekonomi termasuk langkah-langkah untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sebagainya. Aziz berkata, apa yang penting setiap rakyat harus mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia menjaga kepentingan setiap rakyat.

Saranan Aziz Bari bukan mudah untuk dipersetujui oleh PAS kerana Presiden PAS sudah memberikan respon bahawa PAS perlukan masa untuk menjelaskan kepada DAP tentang konsep negara Islam. Saranan saya, PAS tidak perlu jelaskan kepada DAP, kerana DAP tidak pernah akan bersetuju. Lebih baik PAS duduk bersendirian daripada bersubahat dengan kemungkaran dalam Pakatan Rakyat.

Saya juga ingin sangat mendapatkan komen Pas mengenai gambar Lim Kit Siang mengangkat dan memegang tangan Presiden PKR Wan Azizah di atas pentas ketika konvensyen PR baru-baru ini yang siarkan dalam Malaysianinsider. Malangnya gambar tersebut tiba-tiba hilang apabila saya ingin cetak kerana telah dikeluarkan. Inilah kegusaran PAS dan mungkin juga PKR, apabila berdepan dengan parti ultra kiasu yang bersifat sekular ini. Mereka tidak kenal halal haram, walaupun mereka mendakwa mahu mengikut pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Jangan pula tanya saya, UMNO pun sama juga? Bukankah selama ini PAS menuduh UMNO tidak Islamik? Jadi, jika ada perkara yang melanggari batas, jawapannya wajar. Jika PAS benar-benar ikhlas dengan perjuangan, tidakkah wajar PAS mengkoreksikannya, daripada terus menuduh UMNO semuanya tidak betul. PAS juga wajar diperbetulkan oleh UMNO, kerana dilihat ‘dipergunakan’.

Perkembangan PAS mutakhir ini begitu menarik perhatian. Sedikit demi sedikit PAS mula berubah mengikut peredaran masa, walaupun mungkin terpaksa ‘menggadaikan prinsip’. Namun, PAS berada dalam keadaan yang sukar dalam pilihan kecil ini. Jika PAS mahukan ‘silent’kan isu negara Islam, sudah tentu ia akan mendapat tentangan daripada ahli-ahli partinya. PAS, negara Islam dan hudud sudah sinonim. Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, itu bukan bermakna beliau menerima isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan PAS-DAP.

Kedua-dua parti ini mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum. Namun, tindak-tanduk mereka tidak sedemikian. PAS tetap akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, begitu juga dengan DAP di kawasan majoriti Cina. Jika mereka benar-benar parti untuk semua kaum, bertandinglah di kawasan yang sebaliknya. Apapun, DAP tetap parti dominasi Cina, begitu juga dominasi Melayu dalam PAS.

Sesiapapun yang mengkaji politik Malaysia mengetahui, memang senario politik Malaysia adalah bersifat perkauman. Mahu tidak mahu, UMNO perlu wujud. UMNO perlu mewakili majoriti orang Melayu kerana semua etnik telah diwakili melalui penubuhan parti-parti politik etnik masing-masing. Malangnya parti etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO satu sahaja. Sedangkan bukan Melayu diwakili oleh begitu banyak parti-parti etnik bangsa dan suku-sukunya dalam BN. Begitu juga dengan isu agama, Islam yang dibawa UMNO terpaksa menghadapi paling kurang lima agama yang diwakili oleh parti-parti tersebut. Bagaimanakah UMNO hendak menghadapinya semua tuntutan ini, jika Islam yang diwakilinya tidak begitu kuat atau banyak bilangannya?

Selama ini UMNO berseorangan menghadapi mereka semua. Itu yang menyebabkan kadang kala keputusan UMNO ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, terutama selepas PRU 2008. Ada kalanya UMNO terpaksa ‘menggadaikan prinsip’ disebabkan oleh tuntutan dan desakan luar teramat kuat. Pada saya, di saat-saat ini PAS perlu tampil menghulurkan bantuan. Bukan seronok melihat UMNO hancur.

Percayalah, jika UMNO hancur, Melayu akan hancur. Tidak semua Melayu UMNO akan menyokong PAS sekiranya UMNO hancur. Walaupun PAS mungkin boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PAS adalah parti altenatif orang Melayu, selepas melihat UMNO hancur.

Sejarah membuktikan bahawa percubaan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum telah gagal seperti yang cuba dilakukan oleh Dato Onn Jaafar melalui Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 1951, setelah kecewa dengan UMNO. Walaupun Parti Negara yang ditubuh selepas itu tidak membuka keahlian kepada bukan Melayu, tetapi tidak mendapat sambutan, kerana orang Melayu sudah ada altenatif iaitu UMNO.

Pendek kata, politik Malaysia sudah sebati dengan perkauman. Politik, ekonomi, pendidikan dan sosial semuanya perkauman. UMNO boleh berbeza pendapat dengan PAS. Begitulah sebaliknya. Tetapi janganlah sampai perbezaan tersebut sehingga boleh menimbulkan konflik yang berpanjangan. Tidak perlulah mengeluarkan kata-kata hancurlah UMNO atau hancurlah PAS. Bertandinglah secara profesional tanpa mengecam dan mengumpat. Elok kita bertenang sedikit ketika berada dalam suasana Tenang.

Janganlah dicemari dengan insiden-insiden politik pandir yang saya sebutkan tadi. Apatah lagi jika mesej Islam yang diperjuangkan oleh parti yang bertanding. Kalimah ‘Islam’ itu membawa makna yang begitu besar apabila Ia digunakan dan tidak boleh sama sekali dipermainkan.

Penggunaan kalimah Islam sepatutnya melembutkan hati-hati kita, bukan menjadikan kita semakin ego. Sudahkah kita lupa adab-adab berbeza pendapat atau adabul ikhtilaf. Berbeza pendapat dibenarkan selagi tidak putus persaudaraan, apatah lagi sehingga berpecah-belah. Jika Rasulullah SAW hidup ke saat ini dan melihat keadaan umatnya, Baginda pasti akan menitiskan air mata. HatiNya mungkin terasa hiba melihat betapa negara-negara Islam begitu ketinggalan berbanding negara-negara Barat. Kehibaan ini bukan disebabkan oleh keadaan umat Islam ketinggalan, tetapi yang membuat hati Nabi Muhammad begitu terluka, adalah ketika umat Baginda saling membenci dan bermusuhan antara satu sama lain. Umatnya begitu bodoh sehingga boleh dipergunakan. Inilah punca mereka ketinggalan.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
read more “Bertenang ketika di Tenang”

Saturday 18 December 2010

Antara sejarah, setia dan bakat


Mingguan Malaysia 19 Disember 2010

Malaysiainsider dan beberapa akhbar bukan Melayu, bertungkus lumus mendapatkan ‘fakta’ dengan ‘menemubual’ rakyat Malaysia bukan Melayu (talent) yang bekerja di luar negara. Seperti biasanya taktik mereka, komen-komen yang negatif terhadap Malaysia dilemparkan, seperti ketidakadilan sosial, keburukan dasar kerajaan dan berbagai lagi komen negatif yang menyakitkan.

Terbaru, akhbar The Sun menemual dua orang ahli sejarah bukan Melayu, tanpa mendapatkan maklum balas daripada ramai lagi sejarahwan Melayu mengenai buku teks sejarah sekolah menengah yang dikatakan telah ‘diselewengkan’ faktanya, terutama berkaitan sumbangan bukan Melayu. Persoalan saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan, kenapa tidak sejak dahulu lagi sebelum 2008? Apakah subjek sejarah itu hanya bercakap soal sumbangan kaum semata-mata? Bagaimana dengan fakta-fakta teras sejarah sesebuah negara?

Secara kebetulan pula, saya berkesempatan mengikuti “Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa” yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara di bawah kluster sejarah, warisan dan sosio-budaya. Saya mengikuti pembentangan sejarah asas Tanah Melayu daripada profesor tersohor negara yang begitu meyakinkan. Yang saya pelik, kenapa profesor tersohor sejarah ini tidak dicari oleh wartawan media tersebut?

Sedangkan kajian mereka terhadap bahan sejarah Melayu merentasi sempadan sehingga ke luar negara. Begitulah dalamnya mereka menggali ilmu sejarah dengan melakukan penyelidikan rapi. Negara kita juga mempunyai profesor sejarah tersohor bukan Melayu seperti Tan Sri Khoo Kay Kim. Kenapa pendapat beliau tidak diminta? Jawapannya mudah, pendapat Kay Kim tidak selari dengan media perkauman tersebut. Inilah perancangan halus yang mesti diketahui oleh kita semua.

Trend pemberitaan stereotaip media sebegini sudah dijangka. Bukan suatu perkara baharu. Semua yang dilakukan kerajaan tidak betul. Niat mereka hanya satu, mahu memastikan kerajaan BN tumbang pada pilihan raya akan datang, selepas itu mudahlah mereka untuk mengubah fakta dan sejarah. Sebelum tibanya hari pilihan raya itu, maka tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan, bagi ‘membuka’ hati rakyat agar menolak BN.

Bagi memenuhi niat serakah tersebut, setiap ucapan pemimpin-pemimpin BN akan dinilai dan diberikan perhatian satu-persatu. Tersalah cakap, buruk padahnya, akan segera disensasikan dan dipaksa supaya meminta maaf. Sedangkan Namewee, bukan sahaja tidak disuruh minta maaf, malahan disanjung dan dijunjung. Apakah kita masih buta?

Perlu diingatkan bahawa sejarah negara tidak hanya boleh dirujuk kepada perjuangan menentang Jepun dan komunis semata-mata. Begitu juga dengan sumbangan Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur, tetapi semua itu tidak percuma. Setiap usaha dibalas dengan kekayaan hasil bumi bertuah ini.

Berbeza dengan mereka yang mempertahankan tanahair daripada berterusan dijajah sehingga nyawa menjadi gadaian. Sumbangan siapakah yang lebih besar dan patut ditonjolkan? Saya tidak fikir berjuangan menentang komunis dan Jepun itu perlu diperbesarkan sangat. Ini disebabkan ada sejarah tersurat dan tersirat yang perlu kita kaji disebalik penentangan ini, yang kadangkala sengaja disembunyikan bagi menonjolkan kehebatan tokoh-tokoh tertentu yang dipilih. Saya tidak perlu ceritakan kerana saya telah jelaskan dalam artikel-artikel yang lalu, seperti kenapa Jepun memusuhi Cina (bukan Melayu) dan kenapa komunis serta MPAJA menentang Jepun?

Sebab-musabab ini perlu juga dijelaskan dengan rapi. Apakah benar tokoh-tokoh ini mempertahankan tanahair atau mempertahankan diri semata-mata? Adakah semangat nasionalisme mereka sebegitu kuat berbanding Leftenan Adnan dan Kanang anak Langkau (Iban Sarawak). Sudah tentu saya tidak perlu ceritakan tokoh-tokoh lain sebelum itu seperti Banting, Sharif Masahor, Rentap (Sarawak), Mat Salleh dan Antanum (Sabah). Saya sengaja tidak menyebut tokoh-tokoh Melayu bagi mengelakkan saya dituduh lebih Melayu dari Melayu.

Tahun lalu, perkara yang sama dibangkitkan, termasuk ketua pemuda MCA. Segelintir ultra kiasu ini tidak habis-habis mahukan watak seperti Lim Bo Seng, Gurchan Singh dan Sybil Karthigesu direkodkan sebagaimana Leftenan Adnan yang diberikan perhatian berserta fotonya sekali.

Cubalah buat perbandingan bagaimana Singapura menunggang terbalikkan sejarah negeri itu yang menjadi sebahagian Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan kedudukannya di kepulauan Melayu? Sehinggakan sikap ultra kiasu turut diwasiatkan oleh mendiangkan Madam Kwa (isteri Lee Kuan Yew), mengingatkan suaminya sebelum meninggal, supaya jangan percayakan Umno dan orang Melayu. Begitu dahsyatnya golongan Belanda minta tanah ini memutarbelitkan sejarah bumi Melayu.

Saya mengkagumi ramai ahli sejarah yang kononnya ‘berwibawa’ melakukan kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan sejarah dengan begitu baik. Apa yang menggusarkan saya adalah mengenai tujuan tersirat dan tersurat yang pada permukaannya nampak begitu baik, namun di sebaliknya terselit agenda tertentu. Memang tidak dinafikan juga ramai tokoh sejarah yang layak ditonjolkan. Namun, jika semua individu tertentu mahu dimasukkan, atas dasar semangat 1Malaysia, dibimbangi sudah tidak jadi buku teks lagi.

Agak-agaknyalah, pada bahagian manakah dalam banyak-banyak catatan sejarah negara ini yang sebenarnya ada dalam minda kumpulan ultra ini? Bagaimana pula dengan era-era sebelum zaman kependudukan Jepun? Adakah ia tidak penting disebabkan hanya orang Melayu sahaja yang mempertahankan tanahair ini daripada penjajah British, Belanda dan Portugis. Apakah pada pandangan ‘ahli sejarah’ tersebut? Berapa ayat atau halamankah yang perlu dituliskan?

Sorotan semua peristiwa sebegini sepatutnya membuka mata kita semua bahawa kita jangan terlalu berharap kepada orang lain untuk membangunkan bumi tercinta ini. Biarlah mereka yang faham sejarah dan yang setia sahaja yang tinggal. Kita perlu menghargai mereka yang setia, kerana setia itu adalah asas kepada patriotisme.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan, biarkan sahaja. Saya yakin, Perdana Menteri mahukan bakat yang berada di luar itu mempunyai semangat patriotism yang tinggi kepada negara. Walaupun mereka berada di luar, mereka tidak pernah memburuk-buruk negara kita. Berbanding dengan mereka yang berada di dalam negara, tetapi menjadi duri dalam daging dan musang berbulu ayam.

Saya tidak kisah sama ada mereka yang bekerja di luar negara akan kembali atau tidak, kerana pada saya kesetiaan kepada negara itu yang paling penting, berbanding tenaga yang mengalir ke luar. Apa ertinya tenaga tersebut dipanggil balik jika kesetiaan tidak ada dan asyik mengungkit agar perkara-perkara sensitif dihapuskan. Itu lebih bahaya daripada mereka terus tinggal di luar negara. Jika kesetiaan itu sudah tiada, balikpun tidak ada ertinya. Kerana semangat patriotisme bermula dengan kesetiaan.

Biarlah mereka mencari kebahagiaan di luar sana. Saya yakin mereka yang setia akan kembali jua akhirnya. Mungkin buat masa ini mereka ada komitmen dan perancangan tertentu. Yang perlu dipanggil balik adalah mereka yang setia, bukannya yang ultra kiasu dan tidak mengenang budi.

Saya yakin, pandangan saya ini akan dikatakan sebagai merosakkan gagasan 1Malaysia. Hari ini gagasan 1Malaysia tidak lagi dilihat sebagai plan tindakan kerajaan untuk membangunkan dan menyatupadukan rakyat mengikut fakta sejarah, tetapi gagasan ini dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan dan nafsu kaum masing-masing.

Buktinya begitu jelas, DAP mencabar PM supaya melantik bukan Melayu menjadi Timbalan PM. Sedarlah diri wahai DAP, bumiputera Sabah dan Sarawak lebih layak untuk jawatan tersebut. Saya cadangkan pemimpin DAP tersebut membawa idea ini ke China atau India, supaya mendesak mereka melantik Timbalan PM di kalangan bangsa yang sama tetapi beragama Islam? Apakah pandangan ini akan diterima?

Sama juga desakan MIC supaya kerusi menteri penuh diberikan kepada presiden MIC yang baru dilantik, tanpa menganggu-gugat jawatan menteri kabinet wakil India yang sedia ada. Persoalan saya, kerusi siapakah yang patut dikorbankan? Fikir punya fikir, akhirnya kerusi Umno juga yang menjadi mangsa kerana orang lain sudah tentu tidak mahu mengalah? Sedikit diambil maka hebohlah satu Malaysia.

Berpada-padalah wahai rakyat 1Malaysia. Kerusi yang dimenangi oleh MCA dan MIC majoritinya adalah undi ehsan orang Melayu. Jika MCA dan MIC benar-benar yakin dia kuat, saya cabar mereka bertanding di kawasan bandar yang dominasi Cina menentang DAP. Tunjukkan siapa kuat? Jika mereka menang, ketika itu barulah mereka boleh meyakinkan saya bahawa mereka mungkin ‘layak’ untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Syaratnya janganlah jawatan TPM itu dijadikan bahan kempen. Kerana saya tahu, jika isu ini dijadikan bahan kempen memang ultra kiasu akan menang.

Sama juga jika berlaku pertandingan satu lawan satu antara calon Umno dan DAP. Orang MCA dan Gerakan belum tentu mengundi Umno. Berbanding pertandingan antara calon Melayu DAP dan calon Cina MCA, saya yakin orang Umno akan mengundi calon Cina MCA dan sanggup melupakan calon bangsanya sendiri. Ini hanya jangkaan pemikiran saya apabila membaca pemikiran dan budaya politik bangsa saya. Itupun mereka begitu lantang bersuara dan mengkritik Umno dengan istilah big brother and small brother.

Semua ini memberikan isyarat kuat kepada umat Islam supaya bangun dan membuka mata. Masa tidak menunggu kita lagi. Kita mesti berubah sebelum terlambat. Bangunkan bumi sendiri sebelum nasi menjadi bubur. Jangan leka atau terus bermain. Jangan terlalu banyak berhibur dan merempit. Masa bermain dan bersentimen politik sudah tidak ada lagi. Umat Islam mesti berubah. Minda umat Islam mesti diubah. Sikap complacent mesti dibuang jauh-jauh. Sekarang masa kita untuk bekerja. Minda umat Islam perlu diisi dengan ilmu. Ilmu tidak boleh sekular, ia mesti bersepadu dan tidak boleh sama sekali dipisahkan dengan Islam. Memperkasakan minda umat Islam untuk berfikir merenung masa depan. Budaya intelektual mesti dihidupkan. Pengaruh barat mesti dijauhi, kerana di situ ada perancangan untuk merosakkan kita apabila telah lalai. Memang kita perlukan kepakaran mereka. Tetapi kadangkala kita tidak ada pilihan. Kita terpaksa memilih satu antara dua. Ingatlah pesan Allah, setelah kamu selesai solat, bertebaranlah kami di muka bumi ini dan carilah kekayaan sebanyak mungkin (surah Al Jumuah: 10).

Umat Islam mesti bersatu dengan melupakan latar belakang politik. Saya fikir kepakaran dalam Umno, Pas, bumiputera Sabah Sarawak, orang Cina dan India yang kurang ultra kiasu begitu ramai. Semua pakar telah sedia ada. Persoalannya, bagaimana kita nak manfaatkan kepakaran. Bagaimanakah menggembelingkan kepakaran tersebut dengan melupakan perbezaan politik. Saya yakin jika umara dan ulamak Umno dan Pas mesti bergabung tenaga, Malaysia akan menjadi hebat. Jangan gadaikan prinsip semata-mata untuk menang dalam pilihan raya. Ikhwanul Muslimin dan Hamas, terus berjuang, tetapi prinsip tidak pernah tergadai. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah diri kita sendiri (Surah Ar-rad: 11). Jika kita masih gagal merenung nasib di bumi sendiri, maka terimalah akibatnya nanti. Ingatlah, setiap penat lelah akan dinilai oleh Allah (surah al-Insyiqaaq: 6, An-nisa: 104, al-ankabut: 69).

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
read more “Antara sejarah, setia dan bakat”

Sunday 12 December 2010

Di mana salahnya ketuanan Melayu?

Mingguan Malaysia, 12 Disember 2010

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba. Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.

Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.

Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam Umno, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam Umno, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik.

Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku - patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain.

Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba.

Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan.

Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang Umno mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar Umno semakin terbuka. Umno ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya.

Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan Rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah.

Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pulak ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah Maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah Maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam perlembagaan.

Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Kepada mereka yang faham sejarah, istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang masih mengekalkan raja.

Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800an dan 1900an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta. Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontroversi, langsung tidak menggugat kedudukan bangsa bangsa-bangsa lain. Mereka juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa istilah Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu istilah yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.

Tidak ada negara dalam dunia seperti negara kita yang begitu bertolak ansur sehingga mereka langsung tidak diasimilasikan. Ketika Perdana Menteri berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional minggu lalu, pemimpin MCA langsung tidak senyum atau memberikan reaksi di atas cuitan ucapan PM, apabila PM berlawak jenaka bahawa orang Melayu tidak pernah mengasimilasikan orang bukan Melayu sehingga nama ditukar dari Soi Lek kepada Salleh. Begitulah hakikat toleransi yang tidak ada tolok bandingnya.

Islam meraikan “ketuanan” bangsa-bangsa tertentu berasaskan kepada faktor sejarah dan sebagainya. Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda tidak menghapuskan identiti kaum Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj. Mereka diberi peluang terlibat sama dalam kepimpinan politik bernegara. Begitu juga setelah berlaku pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah), Rasulullah tidak mengambilalih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Mekah walaupun Islam menguasai ketika itu.

Selesai pembukaan Kota Mekah, Baginda sendiri mengisytiharkan sesiapa yang tinggal di dalam rumah masing-masing tidak akan dicederakan. Walaupun Baginda pernah diusir daripada Mekah, tetapi Baginda tetap meraikan tanah asal usul sesuatu bangsa dan pulang ke Madinah. Mekah tetap dipulangkan kepada bangsa Quraisy di bawah pemerintahan Islam.

Hujah ini menunjukkan bahawa mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di bumi mereka sendiri adalah fitrah manusia itu sendiri yang dijadikan oleh Allah SWT. Tanyalah bangsa-bangsa yang ada di negara kita ini, siapakah yang bongkak mempertahankan identiti dan dengan ketamadunannya? Tepuk dada tanyalah MCA, DAP dan Gerakan serta sekutunya.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat: “Wahai Rasulullah…adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri”. Baginda menjawab: “Tidak!...akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman” (riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah). Jelas di sini, Islam tidak menolak mempertahankan ketuanan bangsa selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Terdapat banyak hadis sahih berkaitan ‘ketuanan sesuatu bangsa’. Antaranya yang berbunyi:

“Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). Hadis lain menjelaskan, “Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! - Baginda menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya.” (riwayat al-Baihaqi). Rasulullah mempertahankan ketuanan Quraisy, selagi Quraisy berada dalam kepemimpinan Islam.

Menurut Ibn Khaldun (2006: 199-208), bangsa Quraisy dimuliakan kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa terutama dalam hal ehwal politik dan kenegaraan, selain daripada keturunan Nabi. Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil akan terjadi peperangan sesama umat Islam yang tidak berkesudahan. Golongan Quraisy akan terus dipilih selagi mana asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipertahankan. Para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

Desakan menolak istilah ini adalah perancangan halus untuk menyamakan semua agama, setelah berjaya menolak dominasi identiti kaum majoriti. Hari ini, saya tidak berapa nampak identiti Melayu mendominasikan upacara rasmi melainkan hanya bacaan doa. Itupun dipertikaikan juga disebabkan sikap ultra kiasu yang melampau.

Kesimpulannya, istilah ketuanan Melayu, tidak perlu dipertikaikan selagi mana matlamat perjuangan kebangsaan tersebut adalah untuk menegakkan Islam. Kepincangan dalam mempertahankan ketuanan Melayu oleh Umno misalnya, tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ketuanan Melayu tanpa memahami sejarah bumi bertuah ini. Jika Umno yang bersalah sehingga menjadikan ketuanan Melayu seolah-olah ketuanan Umno, yang bersalah adalah Umno dan bukannya identiti ketuanan bangsa Melayu itu di buminya sendiri termasuk mereka yang berada di dalam Pas dan PKR. Justeru, janganlah dilihat bahawa mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan ketuanan Umno kerana ulamak terdahulu turut mempertahankan Melayu dan Islam walaupun ketika itu Umno masih belum wujud.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
read more “Di mana salahnya ketuanan Melayu?”

Saturday 11 December 2010

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

gua_thur.jpg

Gambar Hiasan - Gua Thur

5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

read more “Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah”

Monday 6 December 2010

Shahidan saran Facebook disekat jika terus gugat keselamatan


December 06, 2010

Allegedly offensive content on a Facebook page has moved Shahidan to call for the service to be barred. — Reuters pic


KANGAR, 6 Dis – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mencadangkan agar laman sosial facebook disekat jika ia terus menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

“Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada facebook,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Persatuan Facebook Perlis membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah laman sosial facebook, di balai polis Kangar, di sini hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Facebook Perlis Mohd Faizuddin Ismail kira-kira 5.30 petang.

Selain laporan polis, laporan di Jabatan Agama Islam negeri berhubung isu itu akan dibuat berikutan tindakan pemilik akaun laman sosial itu menghina agama Islam.

Shahidan berkata penghinaan terhadap kedua-dua pemimpin negara itu di laman sosial terbabit disedari oleh anggota persatuan berkenaan pada 29 Nov lepas kira-kira 10.30 malam.

Shahidan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun laman sosial itu.

Selain SKMM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Negara juga perlu mengambil tindakan ke atas pemilik akaun yang menghina agama Islam. – Bernama

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



KANGAR, Dec 6 — Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Shahidan Kassim today called for the blocking of the Facebook social networking website if its contents continue to pose a threat to national security.

He said a Facebook account holder was found to have taken advantage of the technology to insult Islam and leaders of Malaysia.

“If the website content poses a threat to national security and insults Islam, then it is unnecessary to have Facebook,” he told reporters after accompanying Perlis Facebook Association committee members to lodge a report at the Kangar police station on the insults hurled at Prime Minister Seri Najib Razak and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on a Facebook page.

The report was lodged by the association’s deputy president, Mohd Faizuddin Ismail, at about 5.30 pm.

Shahidan said a report would also be lodged at the State Islamic Religious Department as the holder of the Facebook account had also insulted Islam, and added that the insults hurled at Najib and Mahathir were discovered by a member of the association on November 29.

Shahidan, who is Tambun Tulang assemblyman, said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), the Malaysian Islamic Development Department and the National Fatwa Council should act against the holder of the Facebook account. — Bernama

read more “Shahidan saran Facebook disekat jika terus gugat keselamatan”

Saturday 4 December 2010

Dipergunakan atau langsung tidak berguna

Mingguan Malaysia 5 Disember 2010

Minggu lalu laman web Malaysianinsider menyerang saya melalui tajuk berita “Chinese MPs slam Ridhuan Tee’s publicity stunt”. Wartawan web ini meminta pendapat ahli-ahli parlimen ultra kiasu DAP, tidak ketinggalan Ketua Pemuda MCA. Saya dituduh menggunakan identiti Cina untuk menyerang saudara sebangsa saya. Jahat sekali tuduhan biadab ini. Namun, saya tidak hairan dengan tuduhan emosi wanita andartu yang masih belum ‘berkahwin’ itu dan juga sekutunya.

Mereka mungkin mendapat maklumat melalui pelajar-pelajar yang mengikuti Seminar Pemimpin Muda di parlimen baru-baru ini. Dalam forum tersebut, saya mengatakan segelintir golongan ultra kiasu akan menjadi penghalang kepada program tranformasi kerajaan, jika mereka dibiarkan berleluasa. Hujah saya, golongan ini tidak pernah puas dan sentiasa mempertikaikan perkara-perkara sensitif, seperti perkara 3(1), 152, 153 dan sebagainya. Semua yang dilakukan oleh kerajaan salah. Mereka sahaja yang betul. Mereka yang saya maksudkan adalah DAP.

Mereka menuduh saya dipergunakan. Kadang kala, fikir punya fikir, elok juga dipergunakan, sekurang-kurangnya kita dapat merasakan diri kita berguna. Daripada tidak dipergunakan, menunjukkan diri kita langsung tidak berguna. Mungkin ahli parlimen tersebut merasai sedemikian. Apapun, saya tidak begitu bodoh untuk dipergunakan oleh orang Melayu, apatah lagi UMNO.

Saya boleh menyertai UMNO jika saya mahu, sebab saya adalah Melayu dari segi perlembagaan, perkara 160 (2), tetapi saya tetap Cina dari segi penciptaan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Saya lebih memilih memberikan pandangan akademik daripada berpolitik. Saya menjunjung surah al Hujurat ayat 13 mengenai kejadian berbilang bangsa oleh Allah untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Yang paling mulia di kalangan kita adalah orang yang bertakwa, bukan bangsa atau keturunannya. Allah tidak akan tanya kita di akhirat nanti, apa bangsa kita. Tetapi yang akan ditanya, siapa Tuhan kamu, siapa Nabi kamu dan apa agama kamu. Persoalan bangsa sudah tidak wujud apabila berhadapan dengan Rabbul Jalil.

Mesej saya jelas, hanya menyeru orang Melayu Islam bersatu, sebagaimana bangsa saya bersatu atas nama bangsa. Saya tidak menyeru Melayu bersatu atas nama Melayu. Bodohlah saya, kerana saya adalah orang Cina. Tetapi saya menyeru bersatu atas nama Islam kerana Melayu beragama Islam. Apabila Islam berada di atas, semua boleh duduk sekali, tidak kira Melayu, Cina, India mahupun bumiputera Sabah dan Sarawak atau mungkin juga makhluk lain. Kerana semuanya diciptakan Allah SWT. Saya tidak mahu umat Islam berpecah-pecah sehingga ultra kiasu atau DAP menangguk ikan di air yang keruh atau menahan lukah di pergentingan.

Saya cuma mengajak kita supaya bersyukur dan menegur pihak-pihak tertentu dengan berhikmah, bukannya cara kurang ajar seperti yang dilakukan oleh laman web dan ahli parlimen tersebut. Mereka sahaja boleh memberikan pandangan, manakala saya tidak boleh. Apa lebihnya ahli parlimen tersebut dan apa kurangnya saya? Saya bercakap berasaskan fakta, mereka bercakap berasaskan khabar angin yang dilaporkan oleh tali barutnya di IPTA. Apa yang dilaporkan belum tentu benar kerana datang dari mulut orang lain. Bila saya merujuk DAP sebagai ultra kiasu, maka mereka mengatakan saya merujuk kepada semua orang Cina. Kenapa perlu menanamkan kebencian ini?

Tidak perlulah ajar saya tentang perkara 8 perlembagaan persekutuan. Saya memang mengajar subjek Politik Malaysia dan Hubungan Etnik di universiti. Maaf cakap, saya lebih memahami sejarah Tanah Melayu berbanding ahli parlimen tersebut. Dengan kefahaman inilah saya menjadikan kurang kiasu. Cuma, saya harap ahli parlimen tersebut membuat kajian sama, jangan asyik-asyik dengan Perkara 8 setelah tidak dapat berhujah. Adakah ahli parlimen tersebut pernah membuat kajian perkara-perkara utama yang mendasari perlembagaan? Atau hanya mendengar sumber berita dari orang lain. Selepas itu mengambil peluang untuk menghentam orang sana sini. Mengkritik boleh, tetapi perlulah beradab.

Jika tidak tahu adab, belajar dan bergaullah dengan orang Melayu dengan lebih lama. Kenali hati budi mereka. Orang Melayu, bangsa yang saya kenali amat lembut dan beradab sopan. Namun, jangan ambil kesempatan atas ‘kelemahan’ tersebut. Nilai-nilai Islam telah menyantuni mereka. Itulah yang menjadi mereka dapat memberi dan menerima, sehingga terlalu banyak memberi, sedikit sahaja yang diterima, tetapi mereka tetap menerima. Ditakdirkan Melayu masih tidak Islam sehingga ke hari ini, bagaimanakah kedudukan kita hari ini?

Kenapa kita perlu mengungkit perkara sensitif tersebut. Sedangkan kewujudannya tidak sama sekali menggugat kedudukan kita. Apakah dengan adanya perkara 3 (1), 152, 153, dan sebagainya menjadikan kita miskin dan papa kedana? Apakah istilah atau laungan ketuanan Melayu telah melahirkan begitu ramai hamba di kalangan kita? Tidak juga. Ringkasnya, sama ada ketuanan Melayu wujud atau tidak, keadaan tidak banyak berubah. Yang kaya bertambah ramai, yang miskin terus merubah hidup. Tidak ada apa yang menghalang. Jadi, di manakah isu sebenarnya kalau bukan mencari publisiti murahan?

Apa yang saya tekankan adalah jika asimilasi bangsa telah gagal, maka sekurang-kurangnya kita perlu ‘mengasimilasikan’ dasar-dasar kerajaan dan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Kenapa setelah 53 tahun merdeka perkara-perkara asas ini tidak diambil pusing, malah semakin ultra? Masih ada di kalangan kita, malah ramai, yang tidak boleh/tahu berbahasa kebangsaan. Mereka berhujah bahasa kebangsaan bukan ukuran patriotisme. Persoalan saya, jika perkara sebesar ini, yang menentukan hidup atau matinya identiti sesebuah negara, pun kita tidak mahu ambil kisah, bagaimana dengan perkara besar yang lain. Kenapa kita begitu elergik dengan identiti Melayu yang telah diterima dan sepatutnya menjadi tunggak negara ini? Tidakkah wajar mereka mendapat pengiktirafan di buminya sendiri? Kenapa perlu memandang rendah terhadap mereka dan identitinya? Tidakkah kita perlu lebih memahami mereka daripada orang lain yang di luar sana?

Bayangkan jika dahulu, ketika penghijrahan berlaku, orang Melayu menggunakan kekerasan, memaksa kita mengasimilasikan diri kita menjadi Melayu, sudah tentu hari ini kita sudah menjadi minoriti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang langsung tidak mempunyai identiti bangsa sendiri melainkan telah diserapkan ke dalam identiti majoriti. Berlainan sekali dengan negara tercinta ini. Kita tidak ada beza langsung dengan negara asal kita dalam apa jua aspek sekalipun, melainkan berlainan negara dan perlembagaan sahaja. Inilah ‘asimilasi’ perlembagaan yang saya cadangkan tetapi sengaja disalahfahamkan.

Malangnya, kita bukan sahaja menolak ‘asimilasi’ tersebut, malah secara sengaja membangkitkan isu-isu sensitif, malah terus menuntut supaya sekolah, universiti, bandar, akhbar, televisyen, radio, nama jalan, nama lebuhraya dan lain-lain lagi berasaskan identiti bangsa supaya diperbanyakkan. Sekiranya dibenarkan, sudah tentu ia akan menenggelamkan identiti penduduk pribumi. Tindakan sebegini akan mengundang perasaaan tidak puas hati.

Hari inipun kita sudah lihat hasilnya, kita tidak langsung berbahasa kebangsaan sesama kita, apatah lagi di rumah. Pendek kata, kadangkala satu patah perkataan bahasa Melayupun tidak dipertuturkan. Mungkin berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Kita seolah-olah hidup tanpa berperlembagaan. Patriotikkah kita jika perkara asas langsung tidak dipedulikan? Itu belum bercakap perkara-perkara yang lain. Tidakkah kita bersimpatilah dengan identiti bumiputera Sabah dan Sarawak selaku pribumi yang identiti bangsanya tidak begitu menonjol berbanding kita. Cuba bandingkan penguasaan bahasa kebangsaan mereka dengan kita!

Apa yang saya lihat pada hari ini, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan peruntukan perlembagaan pada teorinya sahaja. Realiti dan perlaksanaannya, tidak banyak kelihatan atau lebih kepada ilusi. Mereka hidup serba sederhana, bukan tidak ada yang kaya, tetapi lebih sibuk untuk mengahwini artis. Pendek kata, di tanah Melayu, identiti Melayu tidak mendominasi. Tidak ada sekolah Melayu atau universiti Melayu. Jika adapun contoh yang selalu dihujahkan ultra kiasu adalah UiTM dan sekolah agama. Itupun tidak banyak membantu, kerana graduan ini mungkin hanya popular dalam sektor kerajaan tetapi tidak sektor swasta. Sektor swasta yang dikuasai bukan Melayu, mereka lebih berminat dengan graduan-graduan universiti tertentu sahaja.

Apapun berlaku, bukan Melayu tidak rugi kerana mereka sudah pergi jauh meninggalkan orang Melayu, terutama dalam aspek ekonomi dan penguasaan kekayaan. Inilah faktor utama yang menyebabkan orang boleh menguasai dunia. Yang rugi orang Melayu, sudahlah ketinggalan serba serbi, asyik bergaduh dan berpecah tidak habis-habis. Mungkinkah sehingga kucing bertanduk?

Saya yakin, apabila artikel ini disiarkan, saya akan dituduhkan merosak program kerajaan seperti gagasan 1Malaysia dan program tranformasi. Kenapa kita katakan bahawa kewujudan puak ultra kiasu DAP ini juga menimbulkan masalah program kerajaan kerana selalu menimbulkan rasa tidak puas yang boleh menggugat ketenteraman? Orang Cina tidak perlu risau dengan setiap penulisan saya dalam Mingguan Malaysia. Saya tidak bahaya, apatah lagi membahayakan bangsa saya sendiri. Jika ada orang Cina yang dianiayai oleh bangsa lain, saya akan tampil membela.

Selama inipun, saya sanggup turun naik ke pejabat kerajaan membantu bangsa saya yang tidak bernasib baik. Saya tidak pernah ceritakan semua ini kerana dalam Islam, saya diajar supaya tidak ungkit kebaikan yang kita lakukan, nanti tidak dapat pahala. Tidak seperti ultra kiasu ini, setiap kebaikan yang dibuat, dicanangkan dan dipublisiti agar orang lain nampak dia buat kerja, sedangkan kerjanya tidak seberapa. Orang lain buat kerja juga, malah hasilnya besar, tetapi mengenangkan perintah agama supaya jangan riak, maka didiamkan sahaja, walaupun itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan political mileage. Fahamilah, kerana Islamlah orang Melayu bersifat sedemikian, justeru jangan lah diambil kesempatan. Gauli dan dekati mereka, barulah kita mengenai mereka sebenarnya

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
read more “Dipergunakan atau langsung tidak berguna”

Friday 3 December 2010

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perlantikan Yazid dan Pembunuhan Hasan


Apabila disebut nama Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anh, ia lazimnya dikaitkan dengan tiga peristiwa sejarah yang buruk. Pertama adalah Perang Siffin, kedua adalah tindakan Muawiyah melantik anaknya sendiri – Yazid bin Muawiyah – menjadi khalifah yang menggantinya dan ketiga adalah penglibatan Muawiyah dalam pembunuhan Hasan bin Aliradhiallahu 'anh. Dalam artikel sebelumnya, kita telah meneliti pendirian Muawiyah di sebalik Perang Siffin. Maka dalam artikel ini insya-Allah, kita akan meneliti pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid dan pembunuhan Hasan.

Perlantikan Hasan bin Ali sebagai khalifah.

Apabila Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dibunuh, orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Ali tidak mewasiatkan sesiapa jua untuk menjadi penggantinya sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga tidak mewasiatkan sesiapa menjadi pengganti baginda. Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) meriwayatkan bahawa orang meminta kepada Ali:

“Lantiklah pengganti ke atas kami!”

Ali menjawab: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573]

Maksudnya, apabila masyarakat itu baik, maka kebaikan mereka secara tersendiri akan melahirkan seorang pemimpin yang baik ke atas mereka. Sebaliknya apabila masyarakat itu buruk, maka keburukan mereka secara tersendiri akan melahirkan pemimpin yang buruk ke atas mereka. Demikian peraturan Allah (sunnatullah) kepada manusia di mukabumi ini.

Tindakan Ali yang tidak melantik seorang pengganti dan menyandarkan tindakannya itu ke atas sunnah Rasulullah membatalkan dakwaan Syi‘ah kononnya baginda telah melantik Ali sebagai khalifah pengganti ke atas umat Islam. Adapun ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dijadikan dalil kekhalifahan Ali oleh Syi‘ah, semuanya adalah melalui takwilan yang batil. Alhamdulillah saya telah menyusun tiga buku khas dalam bab ini berjudul Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah.

Sekalipun orang ramai melantik Hasan sebagai khalifah yang menggantikan ayahnya, Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan persatuan umat Islam daripada jawatan tersebut. Pada saat itu umat Islam masih berselisih kerana para pembunuh Usman ibn Affan radhiallahu 'anhmasih belum ditangkap. Hasan ingin menutup perselisihan ini. Pada pengamatan beliau, hal ini hanya mampu dicapai jika jawatan khalifah diserahkan kepada Muawiyah. Maka tanpa berbelah bahagi Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dan kemudian membai‘ah Muawiyah sebagai khalifah umat Islam yang baru. Tindakan Hasan ini memiliki beberapa kepentingan:

Pertama: Ia menunjukkan kemuliaan tak tertanding yang dimiliki oleh Hasan bin Ali. Beliau lebih mencintai apa yang baik untuk umat Islam melebihi segala-galanya.

Kedua: Ia membenarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang pada masa hidupnya telah bersabda di atas mimbar sambil mendukung Hasan yang ketika itu masih kecil:

“Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]

al-Qadhi Ibn al-‘Arabi mengulas dua kepentingan di atas:

“…Hasan lebih berhak daripada Muawiyah dan orang-orang yang lain (untuk jawatan khalifah). Beliau memiliki sifat-sifat seperti ayahnya, iaitu mengajak kumpulan yang berselisih kepada kebenaran dan ketaatan. Maka (bagi Hasan) perdamaian diberi kepentingan (priority) dan semua masalah lain diketepikan. Ini semua adalah untuk menghindari pertumpahan darah di kalangan umat Islam dan membenarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa Hasan adalah seorang juru damai.” [al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 206-207].

Ketiga: Ia membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah musuh atau pemberontak. Ini kerana jika Muawiyah adalah musuh atau pemberontak, yang menjadi wajib adalah perang dan bukannya perdamaian. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan:

“Ini menunjukkan bahawa mendamaikan antara dua kumpulan adalah baik dan terpuji, dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Apa yang dilakukan oleh Hasan adalah daripada keutamaan beliau yang amat agung dan kedudukannya yang dipuji oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Seandainya perang adalah wajib atau disunatkan, nescaya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak akan memuji sesiapa jua yang meninggalkan kewajipan atau kesunatan tersebut.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 531-532]

Keempat: Ia membuktikan bahawa Syi‘ah bukanlah pendukung Hasan secara khusus dan Ahl al-Bait secara umum. Ini kerana jika mereka adalah pendukung yang sebenar, pasti mereka rela ke atas tindakan Hasan yang menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun riwayat-riwayat sejarah menunjukkan mereka amat marah dan benci kepada Hasan atas tindakannya itu. Malah dalam sebahagian kitab mereka, Husain lebih diberi keutamaan berbanding Hasan.

Muawiyah seorang pemerintah yang cemerlang.

Dalam artikel sebelumnya, kita dapat mengenal bahawa Muawiyah bukanlah calang-calang orang, tetapi seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memiliki banyak keutamaan. Pernah seorang lelaki bertanya kepada al-Mu‘afi bin Imran rahimahullah:

“Wahai Abu Mas‘ud (gelaran al-Mu‘afi)! Bagaimana kedudukan Umar bin Abdul Aziz berbanding Muawiyah bin Abi Sufyan?” al-Mu‘afi menjadi amat marah mendengar soalan tersebut, lantas menjawab: “Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat dibandingkan dengan sesiapa jua. Muawiyah adalah seorang sahabat (Rasulullah), ipar baginda, jurutulis baginda dan kepercayaan baginda dalam menulis wahyu Allah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) di dalam Tarikh Madinah al-Salam (diteliti oleh Basyar ‘Awwad Ma’ruf; Dar al-Gharb al-Islami, 2001), jld. 1, ms. 577]

Muawiyah juga memiliki satu keutamaan yang khusus, iaitu beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan (leadership qualities) yang amat baik. Di atas ciri-ciri inilah beliau dapat memerintah negara Islam pada zamannya dengan penuh kecemerlangan, keadilan, kemakmuran dan kekuatan. Ciri-ciri ini dipersaksikan oleh para sahabat yang lain. Di antaranya ialah Abdullah ibn Abbas radhiallahu 'anh dimana beliau pernah berkata:

“Belum pernah aku melihat orang yang lebih istimewa dalam pemerintahannya selain Muawiyah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam ‘Abd al-Razzaq (211H) di dalam al-Musannaf(diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1983),

riwayat no: 20985]

Abdullah ibn Umar radhiallahu 'anh turut berkata:

“Tidak pernah aku melihat seorang jua selepas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamyang lebih bijak kepimpinannya selain Muawiyah.”

Orang bertanya: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq?”

Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq akan tetapi Abu Bakar

adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).

Orang bertanya lagi: “Tidak juga Umar?” I

bn Umar menjawab: “Tidak juga Umar akan tetapi Umar adalah lebih baik

daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).”

[Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Asakir (571H) di dalam Tarikh Dimashq al-Kubra (diteliti oleh ‘Ali ‘Asyur; Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut, 2001), jld. 62, ms. 120]

Qabishah bin Jabir rahimahullah berkata:

“Belum pernah aku melihat orang yang lebih agung kesantunannya, lebih besar kemuliaannya dan lebih lembah lembut pemerintahannya melainkan Muawiyah.”[Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 123].

Bahkan Mujahid rahimahullah pernah berkata:

“Seandainya kalian melihat Muawiyah, nescaya kalian akan mengatakan: Inilah Mahdi!” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 119]

Terdapat banyak keterangan daripada para sahabat dan para tokoh daripada zaman selepas para sahabat berkenaan kecemerlangan pemerintahan Muawiyah, sehingga berkata Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah:

“Di antara perkara yang perlu dikaji berkenaan sejarah Arab dan Islam adalah untuk mengetahui bahawa Muawiyah mempelopori kepimpinan, kepanglimaan dan pembentukan hukum.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 211]

Mengenali kecemerlangan pemerintahan Muawiyah adalah penting kerana ia membentuk dasar kepada pengajian kita tentang sejarah pemerintahan beliau. Sebelum ini, kebanyakan umat Islam hanya mengenali Muawiyah sebagai seorang yang jahat lagi tercela, hasil daripada pengaruh Syi‘ah. Semua ini menyebabkan mereka membaca sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang negatif. Kini, kita akan mengkaji semula sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang positif.

Pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid.

Sejarah versi Syi‘ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah kepada anaknya Yazid. Penyerahan ini, menurut Syi‘ah, membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah pemerintah yang adil. Bahkan ia membuktikan Muawiyah tamak kepada jawatan tersebut dan enggan melepaskannya kecuali kepada keturunannya sendiri.

Adapun di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, tindakan Muawiyah tidak lain adalah kerana kemaslahatan yang ingin beliau berikan kepada seluruh umat Islam. Al-Allamah Ibn Khaldunrahimahullah (808H) menerangkan kemaslahatan ini:

“Seorang imam tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau puteranya sendiri sebagai penggantinya. Dia telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kebajikan kaum muslimin selagi dia masih hidup. Lebih daripada itu dia bertanggungjawab untuk membasmi, semasa hidupnya (kemungkinan mewabaknya perkara-perkara yang tidak diingini) setelah kematiannya …. Malah, dia tidak harus sama sekalinya dicurigai dalam apa jua hal pun. Lebih-lebih lagi sekiranya ada alasan (untuk melantik seorang pengganti itu), seperti keinginannya untuk meningkatkan kepentingan umum, atau kekhuatiran akan terjadinya suatu malapetaka (sekiranya tidak dilantik seorang pengganti), oleh itu meragui seorang imam itu adalah bukan persoalannya.

Hal yang sedemikian sebagai satu contoh adalah sebagaimana yang berlaku apabila Muawiyah melantik puteranya, Yazid. Tindakan itu diambil dengan persetujuan rakyat dan, dengan kerana itu, dengan sendirinya menjadi satu bahan hujah kepada persoalan yang dibincangkan. Akan tetapi, Muawiyah sendiri bersikap lebih menyokong puteranya Yazid berbanding dengan bakal penggantinya yang lain. Sebabnya ialah, dia lebih menitikberatkan kepentingan umum yang menghendaki adanya perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat itu, kerana orang yang menerajui kuasa eksekutif, iaitu Bani Umayyah, pada waktu itu bersetuju melantik Yazid.

Tidak ada motif yang lainnya daripada Muawiyah. Hemahnya yang tinggi dan hakikat bahawa dia merupakan salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi mencegah keterangan yang lain-lainnya. Fakta bahawa dia sering datang kepada para sahabat terkemuka, untuk dimintai nasihat, dan kenyataan bahawa mereka tidak memberikan pendapat (yang bertentangan) merupakan bukti tidak adanya kecurigaan atas dirinya. Mereka (para sahabat) tidak termasuk orang gegabah yang mengambil keputusan dalam masalah kebenaran, dan demikian pula Muawiyah tidak mudah seenaknya menerima kebenaran. Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam masalah ini, dan keadilan mereka menahan diri mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya.” [Muqaddimah (edisi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995), ms. 229-230]

Demikian penjelasan Ibn Khaldun. Sebelum beralih kepada penelitian seterusnya, ingin saya menarik perhatian para pembaca sekalian kepada satu fakta menarik. Kita perhatikan Syi‘ahmencela Muawiyah kerana menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunannya. Bukankah pada waktu yang sama Syi‘ah juga menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunan, iaitu keturunan Ahl al-Bait Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Yang dapat kita katakan adalah, celaan Syi‘ah ke atas tindakan Muawiyah berbalik menjadi celaan ke atas diri mereka sendiri.

Pendirian Muawiyah di sebalik pembunuhan Hasan.

Apabila ditanya kepada orang ramai, siapakah yang membunuh Hasan? Pasti mereka menjawab “Muawiyah”. Malah mereka mampu memperincikannya, konon Muawiyah telah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya. Sebagai ganjaran, isteri tersebut akan diberi sejumlah bayaran wang dan dikahwinkan dengan Yazid bin Muawiyah. Demikianlah kemasyhuran sejarah versi Syi‘ah sehingga orang ramai menganggapnya sebagai satu peristiwa yang benar-benar berlaku.

Yang benar adalah, tidak ada apa-apa bukti untuk menuduh mahupun mengaitkan Muawiyah dengan peristiwa pembunuhan Hasan. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullahmenegaskan:

“Dan adapun pendapat: “Sesungguhnya Muawiyah meracuni Hasan”, maka ia adalah daripada perkara yang disebut-sebut oleh sebahagian orang, padahal tidaklah tuduhan yang sedemikian sabit daripada penjelasan syari‘at atau pengakuan orang yang muktabar dan tidak juga dinukil secara tegas berkenaannya. Dan ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu, maka berkata dengannya adalah perkataan yang berdiri tanpa ilmu.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 5, ms. 469]

Paling kurang terdapat tiga sebab kenapa dikatakan “ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu”.

Pertama: Muawiyah sendiri pada asalnya tidak pernah memandang Hasan sebagai persaingan dalam jawatan khalifah. Beliau mengenali Hasan sebagai seorang insan yang memiliki pelbagai ciri-ciri mulia. Antara ciri mulia tersebut adalah Hasan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepadanya (Muawiyah) demi kemaslahatan umat Islam dan beliau tidak memiliki hasrat untuk merebutnya kembali. Muawiyah mengetahui bahawa Hasan berpegang teguh kepada sabda datuknya shallallahu 'alaihi wasallam:

“Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]

Kedua: Jika Hasan adalah persaingan kepada Muawiyah, maka “membasmi” persaingan politik bukanlah merupakan tindak-tanduk seorang pemerintah yang cemerlang. Ia hanya akan menimbulkan rusuhan daripada masyarakat dan ini akhirnya akan memberi natijah yang buruk kepada pemerintah itu sendiri. Oleh itu seandainya Hasan menjadi persaingan kepada Muawiyah, pasti beliau akan bermusyawarah dengannya dalam mencari jalan keluar yang terbaik kepada agama, umat dan negara.

Ketiga: Cerita kononnya “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” bukan sahaja merupakan fitnah ke atas Muawiyah tetapi juga ke atas Hasan. Ini kerana cerita tersebut menunjukkan seolah-olah Hasan telah memilih seorang isteri yang fasiq dan tidak prihatin ke atas tindak-tanduk isterinya yang sanggup menerima rasuah untuk meracuni dirinya. Hal ini sungguh tidak mungkin berlaku ke atas Hasan yang memiliki keimanan yang jitu, ketaqwaan yang teguh, keilmuan yang tinggi, wawasan yang luas dan kemuliaan yang tidak tertanding. Justeru Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah bukan sahaja menolak cerita “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” dalam rangka membersihkan nama Muawiyah tetapi juga dalam rangka membersihkan nama Hasan. Pada waktu yang sama dapat juga kita perhatikan bahawa dalam rangka Syi‘ah membuat fitnah ke atas Muawiyah, mereka juga membuat fitnah yang tersembunyi yang lebih berbisa ke atas Hasan.

Dengan itu tinggal satu persoalan, siapakah yang meracuni Hasan? Apabila tidak ada bukti yang kukuh dalam persoalan ini, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menahan diri daripada menuduh sesiapa. Seorang penjenayah mungkin terlepas di dunia tetapi dia tidak akan terlepas di Akhirat. Andai kata dibolehkan membuat tuduhan, maka pihak yang paling layak menjadi suspect ialah orang-orang Syiah itu sendiri. Ini kerana tidak ada sesiapa jua yang lebih benci dan marah ke atas Hasan disebabkan tindakannya menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah melainkan orang-orang Syi‘ah itu sendiri.


hafiz firdaus

read more “Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perlantikan Yazid dan Pembunuhan Hasan”