Monday, 22 June 2009

Shahidan Tak Mau Menyerah Kalah

sumber-agendadaily.com

Bekas Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Agendadaily beliau dapat merasai terdapat suatu ‘angin baru’ semasa menghadiri beberapa majlis kenduri di kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya. 

Katanya ketika polimek perpaduan PAS-UMNO sedang hangat diperbualkan semangat ingin berbaik-baik dikalangan ahli kedua parti jelas terpancar dikalangan mereka. 

Beliau yang tidak kisah dengan apa yang diputuskan oleh pimpinan pembangkang Isnin mengenai rundingan perpaduan sudah set untuk meneruskan usaha penyatuan orang Melayu melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. 

“Usaha ini harus diteruskan ..tak kira apa cara sekalipun.Saya nak teruskan usaha ini tanpa melibatkan parti politik baik UMNO maupun PAS. 

“Kita harus fikir diluar batas politik.Mahu tidak mahu faktor perpaduan Melayu sangat penting untuk keutuhan negara,”katanya yang kini bergiat aktif dalam Perkim dan beberapa NGO Islam lain,”katanya Isnin malam. 

Shahidan tidak kecewa dengan keputusan PAS yang dikatakan tunduk pada tekanan PKR,DAP dengan unsur Erdogan hingga tidak berani duduk semeja dengan UMNO hanya untuk berbincang soal perpaduan Melayu. 

“Mereka terlalu berkira sangat tentang soal politik…biarlah itu pendirian mereka.Hendak seribu daya tak mau seribu dalih”katanya. 

Katanya beliau akan berusaha mengatur pelbagai program dan pertemuan menerusi NGO-NGO berkenaan bagi menjayakan usaha ini. 

Menurut Shahidan dari feedback yang diperolehinya beliau juga mendapati ramai yang bimbang melihat pergeseran politik yang wujud dikalangan orang Melayu. 

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak-pihak yang cukup gembira melihat orang Melayu tidak bersatu. 

“Saya tidak akan berpeluk tubuh lagi.Ada masanya kita perlu ambil inisiatif sendiri,”tegasnya.-22/6/2009


2 comments:

Unknown said...

Usaha yang murni, Dato' Seri...InsyaAllah, kami dan ramai yang lain akan sedia membantu demi perpaduan ummah...

Anonymous said...

Betul!! sindrom politik PAS "bagai cakap di kedai kopi" perlu diubah, mereka perlu bersikap terbuka, global dan berfikir untuk kemajuan dan perpaduan ummah..