Monday 1 June 2009

Anwar wajar bersumpah - Shahidan

19/08/2008 3:55pm

ALOR STAR 19 Ogos _ Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya melafaz sumpah laknat sebagaimana dilakukan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut beliau, Anwar perlu berbuat demikian dengan mengikut nasihat ramai ulama termasuk Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri zainul Abidin.

``Apa pun di sisi Allah, yang halal tetap halal dan haram tetap haram. Soal mahkamah itu nombor dua, ini (sumpah) lebih kepada orang Islam supaya tidak ada terbuku di hati, timbul was-was, fitnah dan kalau bersumpah... senanglah,'' kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

- Utusan

No comments: