Monday 1 June 2009

Shahidan kekal sebagai presiden bola sepak Perlis

KUALA PERLIS – Datuk Seri Shahidan Kassim mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) apabila menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung persatuan itu kali ke-18 di sini semalam.

Kemenangan itu menyusul dua hari selepas beliau turut mempertahankan jawatan presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Ahad lalu.

Jawatan timbalan presiden persatuan itu turut menyaksikan penyandang jawatan tersebut sebelum ini, Abdul Jamil Saad turut menang tanpa sebarang tentangan.

Naib Presiden PFA, Mohd. Noor Aziz pula dipilih sebagai pengurus pasukan manakala Hamuner Hamzah sebagai penolongnya.

Shahidan ketika ditemui selepas mesyuarat agung itu berkata, PFA juga mengekalkan khidmat Irfan Bakti Abu Salim sebagai jurulatih pasukan itu bagi musim ini.

Katanya, pasukan Perlis juga mengabungkan pemain lama dan baru termasuk pemain daripada Piala Presiden bagi memantapkan pasukan pada musim ini bagi beraksi untuk Liga Super tahun depan.

“Kita menggunakan khidmat 17 pemain tempatan dan sepuluh pemain baru yang mengikat kontrak dengan pasukan Perlis termasuk Danial Fazly Abdullah dan Ahmad Fakri Saarani yang dahulu beraksi dengan pasukan Perak.

“Pemain lain yang akan bersama Perlis ialah Mohd. Hazwan Zainun (Kedah), Zamzuri Mat Isa (Kedah), Mohd. Farizal Marlias (Shahzan Muda), Mazlizam Mohamad (Kuala Muda/Naza), Zurendey Jumai (Sabah) dan Khairul Izwan M. Jamaluddin (Melaka),” katanya.

Semua pemain turut hadir menandatangani kontrak selepas mesyuarat itu, semalam.

Shahidan berkata, barisan pemain yang mantap itu merupakan salah satu strategi PFA bagi membawa pulang Piala Malaysia pada musim ini dan sekurang-kurangnya satu piala lain yang dipertandingkan.

“Kita telah membuat pertimbangan yang terbaik melalui prestasi mereka dan kita mengambil khidmat penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal untuk beraksi bersama pasukan Singa Utara.

“Kita bertekad dan meletakkan matlamat yang tinggi untuk menjulang Piala Malaysia dan perkara yang diberi keutamaan bagi 

No comments: