Mengikuti sunnah adalah satu tuntutan buat kaum muslimin agar keharmonian agama sentiasa terjaga .Tambahan lagi dalam persoalan yang melibatkan ibadah .Seharusnya diberi keutamaan kepada Cara dan Bagaimana anjuran dari baginda Nabi s.a.w
Berwuduk untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah swt sebagaimana firmanNya:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”. Al-Maidah. 5:6.
Begitu juga tanpa berwuduk maka tidak sah solat seseorang itu berdasarkan Hadis yang Sahih dari Nabi s.a.w.
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ.
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk”. H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.
Dibawah ini saya paparkan secara ringkas tentang tatacara wudhu’ Rasulullah saw melakukan wuduk:
1-Mulakan wuduk dengan niat
Rasulullah saw menerangkan bahwa segala perbuatan tergantung kepada niatnya, dan seseorang akan mendapatkan balasan menurut apa yang diniatkannya…(HSR. Bukhari dalam Fathul Baary, 1:9; Muslim, 6:48).
Niat ialah menyengajakan atau bersungguh-sungguh untuk mengerjakan sesuatu kerana menunaikan perintah Allah s.w.t.
2-Tasmiyah (membaca bismillah)
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah memerintahkan agar membaca basmalah (bismillah) setiap kali hendaka berwuduk. Baginda bersabda:
لاَ وُضُوْءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِاسْمَ اللهِ عَلَيْهِ.
“Tiada wuduk bagi siapa yang tidak menyebut nama Allah di atas wuduknya”. H/R Ahmad. Abu Daud 101. At-Tirmizi 26. Ibnu Majah 399. Lihat: Irwaul Ghalil. Dan disahihkan oleh Al-Albani dalam al-Jami’ 7444.
Dengan ucapan Rasulullah saw: ”Berwudhu’lah kalian dengan membaca bismillah” maka wajiblah tasmiyah itu. Adapun bagi orang yang lupa hendaknya dia membaca bismillah ketika ingat.
3-Mencuci kedua telapak tangan
عَنْ أبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا لَبِسْتُمْ وَاِذَا تَوَضَّأْتُمْ فَابْدَأُوْا بِأَيَامِنِكُمْ.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila kamu berpakaian, apabila kamu berwuduk maka mulakanlah dari anggota-anggota kanan kamu”. H/R Abu Daud
4-Berkumur-kumur dan menghirup air ke hidung
Yaitu mengambil air sepenuh telapak tangan kanan lalu memasukkan air kedalam hidung dengan cara menghirupnya dengan serentak sehingga sampai air itu masuk ke dalam hidung , kemudian menyembur keluar air tersebut.Beliau iaitu Nabi s.a.w melakukan perbuatan ini dengan tiga kali cedukan air. (HR. Bukhari-Muslim. Abu Dawud no. 140)
5-Membasuh muka sambil mensela-sela air pada janggut.
Yakni membasuh muka ialah bermula dari atas dahi (tempat tumbuhnya rambut) sehingga ke bawah dagu. Dari anak telinga kiri ke anak telinga kanan. Membasuh muka adalah perintah dari Allah swt:
فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
“Dan basuhlah muka kamu”. Al-Maidah. 5:6
Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawa Nabi s.a.w mengambil seceduk air lalu dimasukkan di bawah dagunya dan mensela-sela (menyilang-nyilang) air pada janggutnya. Kemudian baginda bersabda: Beginilah yang diperintahkan oleh Allah s.wt”HR. Tirmidzi no.31, Abu Dawud, no. 145; Baihaqi, I/154 dan Hakim, I/149, Shahih Jaami’u ash-Shaghir no. 4572).
6. Membasuh kedua tangan Hingga Ke siku
“Dari Nu’aim bin al-Mujmir ia berkata: Aku pernah melihat Abu Hurairah berwuduk lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian ia membasuh tangan kanannya hingga mengenai lengan atasnya (sikunya), kemudian membasuh tangan kirinya hingga mengenai bahagian lengan kirinya hingga mengenai bahagian lengan atasnya. Di akhir hadis ini Abu Hurairah berkata: Demikianlah aku melihat Rasulullah s.a.w berwuduk”. H/R Muslim 1/246.
7-Menyapu (Mengusap) Air Ke Seluruh Kepala
Yang terbaik adalah cara menyapu air di kepala ialah menyapu sehingga ke seluruh bahagian kepala sebagaimana Firman Allah s.wt
فَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ
“Dan sapulah kepalamu (seluruh kepalamu)”.
Setelah menyapu air di kepala kemudian langsung mengusap kedua telinga di bahagian luar dan dalam telinga dengan sisa air di tangan.
Tidak ada keterangan di dalam as-Sunnah yang mewajibkan pengambilan air baru untuk menyapu telinga. Maka memadailah dengan sisa air yang digunakan untuk menyapu kepala, sebagaimana hukumnya harus menyapu air di kepala dengan sisa air dari membasuh tangan.
Tidak ada keterangan di dalam as-Sunnah yang mewajibkan pengambilan air baru untuk menyapu telinga. Maka memadailah dengan sisa air yang digunakan untuk menyapu kepala, sebagaimana hukumnya harus menyapu air di kepala dengan sisa air dari membasuh tangan.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ بِرَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ ظَاهِرَهُمَا وَبَاطِنَهُمَا.
“Dari Ibnu Abbas, bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengusap kepala dan kedua telinganya pada bahagian luar dan bahagian dalamnya”. H/R Ahmad.
8-Menyapu Ubun-ubun dan Serban
Yang dibenarkan sapuan diatas serban dan tidak dibenarkan diatas songkok , lebai atau topi kerana semua ini wajib ditanggalkan., maka memadai menyapu di atas serban tanpa ditanggalkan atau menyapu di atas ubun-ubun kemudian di atas serbannya sepertimana kelakuan Nabi Muhammad s.a.w:
عَنْ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ قَالَ : رَأيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى عِمَامَتِهِ وَخُفَّيْهِ.
“Dari ‘Amru bin Umaiyah berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w menyapu air ke atas serban dan kedua sepatu baginda”. H/R Bukhari
9-Membasuh Dua Kaki sehingga buku lali
Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
وَاَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Dan (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga kedua mata kaki”. Al-Maidah. 5:6
10-Sifat basuhan Nabi s.a.w
Disunnahkan membasuh anggota wuduk satu kali satu kali, dua kali dua kali dan tiga kali tiga kali, tetapi tidak dibolehkan membasuh sehingga empat kali kerana iainya bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً مَرَّةً.
“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Telah berwuduk Nabi s.a.w (dengan membasuh) satu kali, satu kali”. H/R Bukhari .
“Baginda membasuh anggota-anggota wuduknya tiga kali”. H/R Bukhari dan Muslim
“Dari Uthman bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk (membasuh anggota wuduk) tiga kali tiga kali”. H/R Ahmad .
Tidak ada sandaran daripada perbuatan Nabi s.a.w berwuduk lebih dari tiga kali basuhan .
11-Berdoa
Yakni membaca doa yang diajarkan Nabi saw:
“Asyahdu anlaa ilaa ha illalah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abdullahi wa rasuulahu. Allahummaj ‘alni minattawwabiina waja’alni minal mutathohhiriin (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah)
“Asyahdu anlaa ilaa ha illalah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abdullahi wa rasuulahu. Allahummaj ‘alni minattawwabiina waja’alni minal mutathohhiriin (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah)
-shahidan-
1 comment:
tahniah perjuang agama ,tolak politik
Post a Comment