Monday 1 June 2009

Shahidan tanding Naib Presiden


Shahidan Kassim
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis


Kota Bharu 5 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO Mac depan.

Shahidan berkata, beliau menawarkan diri kerana mahu berkhidmat kepada parti.

''Saya bukan bertujuan mengejar kepentingan peribadi, tetapi semata-mata bagi berkhidmat kepada parti terutama dari aspek agama,'' katanya dalam temu bual dengan TV3 di sini hari ini.

Shahidan turut menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Menteri Besar Perlis itu juga menyatakan kesediaan untuk membantu memastikan kemenangan Zahid yang dianggapnya paling layak dalam membawa perubahan di dalam UMNO.

Beliau berkata, Zahid mempunyai kualiti sebagai pemimpin yang boleh diharapkan oleh ahli dan rakyat.

Katanya, selain berpendidikan tinggi, Zahid mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh bagi mencorak masa depan parti.

"Dia juga mempunyai pengalaman yang panjang dalam politik UMNO termasuk pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO," katanya.

Shahidan menyifatkan Zahid mempunyai kualiti yang tidak banyak kelihatan di kalangan pemimpin UMNO seangkatan dengannya .

Beliau percaya, Zahid boleh menjadi gandingan yang serasi dengan pucuk pimpinan kelak.

No comments: