Saturday 14 November 2009

Gamis minta peraturan Jais jangan sampai dakwah tersekat


Berita dasyat dan gempar , lihatlah diperengan ke-5 , betapa biadapnya seorang penguatkuasa jais yang inggin mempamerkan kekuasaaan "UNDANG-UNDANG PENTAULIHAN "YANG KONONNYA JIKA KITA INGGIN MEMBANTU SAUDARA BARU BELAJAR ISLAM JUGA MEMERLUKAN TAULIAH !!!!BETAPA TIDAK ARIFNYA MEREKA-MEREKA INI SEHINGGA MEMBANTUTKAN MISI DAKWAH ISLAM DI MALAYSIA!MEREKA-MEREKA INILAH PENYEBAB MENGAPA ISLAM TIDAK GEMILANG CEMERLANG DI MALAYSIA .

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menggesa agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih matang dalam tindakan agar ianya selari dengan misi jabatan itu "Menguruskan hal ehwal Islam secara Hikmah, Amanah dan Berkesan".

Menurut Presiden Gamis, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, pendirian ini dibuat agar Jais bertindak lebih matang dalam tindakan.

Bagi Gamis, Jais perlu lebih bijak dalam menguruskan isu tauliah yang dibangkitkan ramai pihak baru-baru ini demi maslahah dakwah dan perkembangan Islam di Malaysia amnya.

Isu tauliah ini hangat dibincangkan selepas negara telah dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jais semasa menyampaikan kuliah agama di sebuah kediaman peribadi di Taman Sri Ukay Hulu Klang. Beliau ditahan atas alasan mengajar agama tanpa tauliah di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Lebih mengecewakan, apabila media hari ini melaporkan, Pegawai Penguat kuasa Jais, Ahmad Tarnuzi Nokin, berkata pentauliahan itu perlu walaupun hanya untuk mengajar seseorang bakal saudara baru mengucapkan dua kalimah syahadah, selain mengaji mukaddam.

Tarnuzi berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mewakili penceramah agama bebas, Dr Abdullah Yasin, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

"Kenyataan dalam akhbar hari ini seolah-olah menunjukkan Jais menolak pengembangan dakwah di Selangor sedangkan kita sepatutnya menyahut seruan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umatnya "menyampaikan walaupun hanya satu ayat".

"Berapa ramai pendakwah yang mempunyai tauliah Jais hari ini? Saya berpandangan, kalaulah begini, gerakan dan usaha dakwah serta islah di Selangor akan semakin lembab," ujar Mohd Idris.

Beliau tidak menolak pandangan bahawa tauliah ini perlu demi kemaslahatan tertentu.

Namun, persoalannya berapa banyak maslahah yang akan terhalang hanya beralasankan beberapa mafsadah yang berlaku?

Kenyataan ini juga seolah-olah satu penghinaan kepada para pendakwah yang pernah mengajar syahadah dan mengajar al-Quran termasuk di kampung-kampung tetapi tidak memiliki tauliah Jais.

Isu tauliah Jais ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik dan tokoh tanah air yang memandang seolah-seolah tindakan Jais akan menyebabkan ruang lingkup dakwah semakin sempit.

Gamis menyeru agar isu ini bukan sahaja dipandang dari sudut pembelaan terhadap individu-individu tertentu semata-mata, namun ianya haruslah melihat kepada kesannya kepada masyarakat pada masa akan datang.

sumber-harakahdaily


4 comments:

Anonymous said...

MAKLUMAT BUAT ORG MALAYSIA, PEGAWAI JAIS HANYA SPM KELULUSANNYA , JIKA TAULIAH DIBERI KEPADA PELAJAR2 LEPASAN PHD , IAINYA AKAN MENGANGGU FATWA2 JAIS DAN JELASLAH KECACATAN DAN KECETEKAN ILMU PEGAWAI DAKWAH JAIS , SBB ITU PARA SARJANA DIHALANG TAULIAH DAN DITANGKAP

ihsan said...

askum

benar dan memang begitulah tidkan jais and the geng , mrk bencikan ilmu sohih

boleh lihat dihttp://one-syariah.blogspot.com/

ihsan said...

tapi asri juga silapppppp....apasal lah Dr asri ditahan dimasa dia dgn ADUN PEMBANGKANg , cubalah ditahan dgn KHir TOYO ker...adun bn kerrr...mampuslah jais ....

Anonymous said...

helloooo....u all semua asyhik salahkan jais !! sebenarnya zamihan itu dalangnyer "perosak agama islam coz bencikan sangat dgn Dr asri , sanggup dia tipu akhbar media kate sijil palsu !!!ish2 teruklah