Tuesday, 30 March 2010

Shahidan cadang permudah urusan kahwin

SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit dan sekali gus menyebabkan berlaku tekanan sehingga sanggup membuang bayi.

"Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui. Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan.

"Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak.

"Apabila hubungan menjadi sah, maka tiada lagi tekanan perasaan untuk membuang bayi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) kepada 53 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin sekitar daerah Kuala Muda dan Baling di sini, hari ini.

Hadir bersama ialah isterinya yang juga Ahli Lembaga Pengarah YPK, Datin Seri Shamsiah Md. Yasin dan Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof.

Shahidan mengulas mengenai kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes buang bayi sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, syarat-syarat berkahwin di negara ini didapati sungguh membebankan kerana berbeza di setiap negeri.

"Sepatutnya, jika ikut peruntukan agama, perkahwinan harus dipermudahkan. Namun, di Malaysia kita ada 13 undang-undang untuk

berkahwin, setiap negeri mempunyai peruntukan berlainan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak berkuasa agama juga sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi berkaitan urusan berkahwin.

"Sepatutnya, undang-undang mengenai perkara ini juga diselaraskan di seluruh negara supaya ia mengamalkan standard yang sama dan memudahkan urusan perkahwinan," jelasnya.

5 comments:

Paksu Pencen said...

Setuju DSSK. Terlanjur DS suka buat jamuan,elok taja sekali kenduri kahwin ramai2.Kita buat di TTulang dulu utk PArau.

hassand38 said...

DSSK..saya anak jati pelis dan saya dgn sukarela sanggup menjadi salah satu anggota persatuan atau pun NGO untuk berbincang dan rumuskan fakta-fakta yang bersangkuatan dengan nikah kahwin, cerai, poligami dan institusi perkahwinan kita sekarang ini..PERKAWINAN patut di permudahkan dan Anakmen atau pun akta perkahwinan perlu di rumus kembali dan di permudahkan lagi...banyak peguam syarie sekarang ni cuma pandi ikut bulat2 akta tersebut demi untuk menang didalam perbicaraan...mereka telah lupa apa itu hakikat nya perkawinan, keimanan, ibadah,,pembohongan dan niat yang disertakan kalimah dengan nama Allah. ..harap jawab ..bayank lagi jawapan nya...

hassand38 said...

Keluarga yang bahagia dari saat pernikahan hingga ke kubur adalah rumah tangga yang dirahmati manakala perceraian adalah satu azab bala bencana disebabkan oleh kesilapan manusia menolak agama. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w telah memberikan pedoman dalam mencari jodoh melalui sabdanya bermaksud, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”. Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”.

Orang lelaki / wanita yang bertakwa adalah mereka yang taat dan takut kepada Allah SWT. Seorang lelaki / wanita akan rosak agama dan akhlaknya kalau mereka tidak taat dan takut kepada Allah SWT. Sekira seorang wanita tidak takut kepada Allah SWT, adakah tiba-tiba mereka akan taat dan takut kepada suaminya? Apabila seorang isteri tidak taat dan takut kepada suami dan Allah SWT, mereka akan melakukan sebarang perkara samaada berzina, berhias, melaram, bercampur gaul secara bebas, minum arak dan segala perkara buruk lainnya.

Dengan itu, apalah untungnya seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang cantik dan berharta sedangkan amalan agamanya tunggang langgang. Kahwinilah seorang perempuan hanya kerana wanita ini taat dan takut kepada Allah dan insya-Allah selepas perkahwinan, wanita ini akan taat dan takut kepada suaminya. Namun ironinya ialah seorang lelaki yang jahat tidak akan berkahwin dengan seorang perempuan yang beragama sesuai dengan ayat dari surah An Nuur nombor 3 dan 26 sebagaimana di atas.

Jadi, rumusannya ialah, kalau inginkan keluarga bahagia, jauh dari cerai berai, jadikanlah diri sebagai seorang lelaki / wanita yang beriman yang takutkan dan taat kepada Allah kerana kelak Allah SWT akan jodohkan kita dengan wanita / lelaki beriman sesuai dengan janji Allah SWT sejajar dengan An Nuur 3 dan 26 di atas.

Kalau diri kita adalah seorang yang jahat, janganlah berharap dapat kahwin dengan wanita yang solehah. Ingatlah bahawa kalau kita umpama tahi, hanya lalat langau yang layak mengerumuni. Sekiranya kita ibarat bunga, hanya rama-rama atau lebah saja yang layak mengerumuninya.

Soalan Nya

1.Seandainya isteri tidak menutup aurat dengan sempurna, adakah beliau telah taat kepada Allah?
2. Seandainya isteri menyanyi untuk bukan mahram, adakah beliau telah taat kepada Allah?
3. Seandainya isteri berlakun dedah sana dedah sini menjadi tontonan awam, adakah beliau telah taat kepada Allah?
4. Seandainya isteri tidak mengerjakan ibadah yang disuruh Allah SWT seperti solat dan berpuasa, adakah beliau telah taat kepada Allah?
5. Seandainya isteri tidak menghormati suami menurut syariaat Islam, adakah beliau telah taat kepada Allah?
6. Seandainya isteri berhias dengan make-up tebal dan memakai haruman, adakah beliau telah taat kepada Allah?
7. Seandainya sang isteri tidak taat kepada Allah, bolehkah beliau mentaati suaminya?????
8. Isteri yang sebegini, suaminya pula merelakannya, apakah rahmat yang layak diterima oleh pasangan ini??

Ingatlah ancaman dari Allah melalui ayat Ar Ruum: 36

Lady Rich Red said...

DS, soalan saya,
antara 3 perkara ini, yang mana satu mendatangkan pahala dan yang mana satu membawa dosa.
1. Penzinaan atas sebab kesulitan berkahwin
2. Penceraian yang mudah di lafazkan
3. Perkahwinan yang diingini.

soalan kedua;
mengapa bagi mereka yang berkahwin di luar negara (Thailand khususnya) dan tidak/belum mendaftar dgn pejabat agama, anak yang dilahirkan mesti di "bin" atau "bte" kan dengan nama ibunya sedangkan anak ini bukannya anak haram. Perkahwinan ibubapa mereka adalah sah di sisi Tuhannya.

Perjuangkanlah perkara ini DS semoga Allah akan memberi kedudukan yang mulia kepada DS kerana memperjuangkan penyelewengan para ahli yang mengaku Islam ini.

Pijan said...

Salam...
DSKK..di sini saya ingin bertanya, di negeri perlis takda ka yayasan untuk membantu pelajar pelajar yang susah untuk sambung belajar di ipta? terutama dalam pengajian di peringkat sarjana...terutama dalam bidang bidang kritikal seperti kejuruteraan...