Tuesday 9 March 2010

Shahidan: Isu MB, SUK jadi mangsa 'pool'

-malaysiakini-

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa bahawa seorang setiausaha kerajaan negeri (SUK) telah menjadi mangsa sistem 'pool ' yang dijadikan sebagai alat untuk menghukum penjawat awam.

Katanya, pegawai kanan berkenaan dikenakan tindakan tersebut pada 2008 kerana didakwa menghantar satu nama sahaja untuk calon menteri besar.

Sedangkan, kata Shahidan, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana memerlukan empat senarai calon yang akan dipertimbangkan untuk memegang jawatan tersebut.

"Beliau hanya mengikut arahan perdana menteri ketika itu, tetapi dilihat seolah-olah (beliau) engkar.

“Beliau ditukarkan ke 'pool' bukan (arahan) daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tanpa sebarang pembelaan.

"Apakah beliau mendapat keadilan, sedangkan beliau hanya mendapat arahan daripada kerajaan yang memerintah ketika itu," katanya yang juga bekas menteri besar Perlis.

Bagaimanapun, kata Shahidan beliau difahamkan pegawai tersebut kini telah memegang jawatan baru di dalam kerajaan.

Sehubungan itu, beliau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghapuskan sistem 'pool' tersebut.

Menurut Shahidan, ini kerana ia merupakan satu "penghinaan dan kezaliman" kepada pejawat kerajaan yang didakwa melakukan kesalahan tanpa pembelaan sewajarnya.

"Sistem ini seperti peti sejuk ke atas pegawai kerajaan yang didakwa melakukan kesalahan tanpa apa-apa (surat) tunjuk sebab," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau mengulas kenyataan Najib yang menggesa JPA mengkaji semula sistem 'pool' tersebut.

Najib dilaporkan berkata elemen 'natural justice' iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali, perlu menjadi sebahagian daripada prosedur sistem tersebut.


sumber malaysiakini

3 comments:

Anonymous said...

Pegawai tu elok bermuhasabah, dulu kuat sangat main betina, asyik melepak di Hatyai.

Ada satu dua isu pelabur yang dah kena main dengan beliau dulu.

Anonymous said...

Pegawai tu elok bermuhasabah, dulu kuat sangat main betina, asyik melepak di Hatyai.

Ada satu dua isu pelabur yang dah kena main dengan beliau dulu.

Anonymous said...

Kita bila nak becakap hendaklah atas dasar fakta...Jika tidak percakapan kita akan bertukar menjadi fitnah!Pegawai tersebut telah menjalankan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dengan baik dan cemerlang...Beliau masih berkhidmat di dalam perkhidmatan awam walaupun telah bersara...Negeri Perlis telah menjadi mundur di bawah kepimpinan yang baru dan belum ada YB SUK selepas beliau yang mempunyai prestasi kerja sebaik beliau. Kombinasi DSSK dan beliau memang gandinagn terbaik untuk negeri Perlis. Segala kejadian ada hikmahnya...Melepak di Hatyai tak menjadi masalah...Saya rasa rezeki beliau masih melimpah ruah...berbanding orang yang post komen sebelum ini... Betul ke dia kaki betina? Ataupun dia ramai peminat dan ramai yang cemburu...Biasala lelaki hebat...Wasalam...DSSK teruskan perjuanganmu untuk rakyat Perlis!!!